Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke SSI, Iskandar Puteri.
Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.
Ekoran venue yang tidak sesuai serta penyediaan lampu limpah yang tidak melepasi piawaian minimum menjadi punca utama selain cuaca juga merupakan faktor kepada perubahan tempat permainan. -- Stadium Astro