Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkat hubungan pertahanan ke tahap lebih strategik dengan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu akan membolehkan lebih fokus dan rangka kerja berstruktur antara institusi pertahanan kedua-dua negara.
"Saya merasa bangga untuk mengumumkan bahawa mesyuarat sulung HLC yang dipengerusikan menteri pertahanan Malaysia dan Vietnam akan diadakan pada 2017.
"HLC ini akan membolehkan kedua-dua negara meneroka kaedah yang lebih inovatif bagi menjana kerjasama pertahanan dalam bidang kerjasama ketenteraan, industri pertahanan, kerjasama teknologi dan hal ehwal strategik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Hishammuddin dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Jeneral Ngo Xuan Lich bertemu di sini pada Rabu sempena kunjungan rasmi Lich ke negara ini.
Hishammuddin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan hubungan lebih kukuh dalam industri pertahanan, potensi dalam kemudahan pembangunan penyenggaraan, baiki dan baik pulih selain sokongan logistik bagi helikopter dan pesawat pejuang.
"Syarikat daripada kedua-dua negara boleh bekerjasama bagi bekalan peralatan dan bahan serta menyediakan perkhidmatan bagi aset di Malaysia dan Vietnam," katanya.
Beliau dan Lich turut berbincang isu seperti peningkatan ancaman keganasan di rantau ini khusus berhubung Daesh dan kepulangan pejuang daripada Iraq dan Syria.
"Kita juga menyentuh tentang usaha bagi mengawal keselamatan di perairan zon maritim kita terutama di Laut China Selatan," kata Hishammuddin. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
Langkah itu akan membolehkan lebih fokus dan rangka kerja berstruktur antara institusi pertahanan kedua-dua negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)