PERMATANG PAUH: Malaysia dan Turki bakal menjalin kerjasama untuk membentuk gerakan bagi menangani isu Islamofobia di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan melalui perbualan telefon bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan petang Sabtu.
"Kita bincang mengenai Islamofobia. Erdogan dan saya bersetuju untuk mengepalai usaha ini. Erdogan kata boleh tak kita berdua bangkitkan gerakan dan buat sesuatu untuk lawan serangan terhadap Islam terutama di Amerika Syarikat serta Eropah.
"Saya kata silakan, saya setuju dan saya kata kita akan siapkan kertas (kerja) dan bincang dan dia kata dia berhajat untuk datang ke Malaysia secepat mungkin," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di Dataran Rakyat Guar Perahu, di sini, malam tadi.
Anwar juga berkata, Erdogan meminta beliau untuk bersama pemimpin berkenaan pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September ini bagi mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi menghadapi isu Islamofobia itu.
Perdana Menteri berkata, Islamofobia merupakan sikap permusuhan terhadap Islam terutama di negara barat di mana Islam dibenci sehingga menimbulkan perbuatan seperti tindakan membakar al-Quran di Sweden.
"Pasal pembakaran al-Quran, saya kata saya keluarkan kenyataan sangat keras mengutuk pembakaran al-Quran dan saya terus keluarkan arahan penerbitan sejuta al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dan dalam Bahasa Sweden," katanya.
Menyentuh Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang pada 12 Ogos ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu meminta pengundi Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan kemenangan bergaya kepada gabungan PH dan Barisan Nasional.
Perdana Menteri, yang mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara pada Sabtu berkata, pengundi di Parlimen itu perlu memberikan sokongan kepada calon dua gabungan parti politik gergasi tanah air itu di Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti yang berada bawah Parlimen Permatang Pauh.
- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Kerjasama membentuk gerakan bagi menangani isu Islamofobia di peringkat antarabangsa dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam. - Foto fail
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Silibus pendidikan tinggi mengenai Islamofobia sedang dibangunkan
Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Pakistan dan Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia
Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersama pada akhir rundingan politik terbaharu kedua-dua negara di Islamabad pada Isnin.
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar
Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.
PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia
Perdana Menteri membincangkan perihal Islamofobia yang disifatkan semakin membarah di Eropah.
Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.
Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar
Tokoh agama berkongsi pandangan sama dengan Perdana Menteri yang tegas berhubung isu Islamofobia dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78.