Malaysia amat berhati-hati untuk berbelanja terlalu banyak wang menggantikan jet pejuang Rusia SU dan MiG dengan versi baharu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, namun kerajaan sentiasa melihat kemungkinan mendapatkan pesawat baharu dari negara itu.
"Kita mendapati ia (jet yang kini digunakan di Malaysia) sudah terlalu lama dan mungkin prestasinya tidak sebaik dengan versi baru, namun wang adalah suatu yang kita gusarkan. Menggunakan terlalu banyak wang untuk jet pejuang mahal amat tidak produktif bagi kita.
"Kita tidak mahu berperang dengan sesiapa," katanya ketika ditanya agensi berita Sputnik mengenai hasrat untuk menggantikan jet Rusia yang lama dengan jet Su-35 atau Su-57.
Menurutnya, Malaysia perlu memastikan tahap teknologi pasukan pertahanannya sentiasa dalam keadaan terbaik dan terkini.
"Ini adalah 'permainan' (model terbaru) yang mahal. Kita akan melihat kemungkinan mengkaji mengenai mendapatkan pesawat baru daripada Rusia dan jet yang lain," katanya.
Dr Mahathir berkata, Malaysia mengkaji tawaran Rusia untuk mengambil semula jet pejuang MiG yang lama dan menggantikannya dengan MiG-35 tetapi semuanya membabitkan persoalan wang kerana negara tidak memperuntukkan banyak dana untuk pertahanan.
Katanya, Malaysia terpaksa menimbang dengan serius tawaran menyerahkan kembali jet lama kerana terlalu sukar menjual semula pesawat itu.
"Kita sebenarnya mengkaji tawaran mereka mengenai mengambil semula MiG lama dan membekalkan kepada kita dengan versi baharu, saya rasa MiG-35.
"Bagaimanapun, sudah tentu kita masih perlu membayar sejumlah besar wang dan Malaysia bukan sebuah negara yang membelanjakan banyak wang untuk pertahanan," katanya.
Dr Mahathir berkata, tawaran itu boleh memberi manfaat kerana negara mahu memastikan pasukan pertahanan berada di tahap tertinggi tanpa perlu banyak berbelanja.
"Hanya dua peratus daripada bajet diperuntukkan untuk pertahanan. Kami membelanjakan 25 peratus daripada bajet untuk pendidikan," katanya.
Perdana Menteri kini berada di bandar Vladivostok, Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan berlangsung sehingga Jumaat.
Bernama
Thu Sep 05 2019

Perdana Menteri kini berada di bandar Vladivostok, Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan berlangsung sehingga Jumaat. - Foto Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan PM ke Rusia perluas ruang geo-ekonomi Malaysia, perkukuh kerjasama ekonomi di peringkat global - MITI
Lawatan PM ke Rusia baru-baru ini langkah strategik kerajaan dalam mengeratkan hubungan Malaysia-Rusia di samping memperluas ruang geo-ekonomi negara.

Malaysia harap kemasukan lebih banyak syarikat Rusia, peningkatan aliran pelancong - PM Anwar
"Kami juga akan memudahkan pelancong Malaysia melawat Rusia," kata Perdana Menteri Anwar.

Rusia mampu hadapi sekatan lebih baik daripada jangkaan Barat - PM
Rusia mampu menghadapi sekatan dengan lebih baik daripada jangkaan ramai pemerhati Barat, kata PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama Agensi Berita Rusia RIA Novosti dan penyiar RT.

EEF: Undangan peribadi Putin ke sidang kemuncak BRICS bukti Malaysia diberi keutamaan – PM Anwar
Anwar berkata ia merupakan satu penghormatan memandangkan Malaysia masih lagi di peringkat permohonan untuk memasuki gabungan tersebut.

Anwar tiba di Vladivostok, bakal beri ucaptama di Forum Ekonomi Timur
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok jam 6.30 pagi waktu Malaysia.

EEF: PM Anwar bakal bertemu Putin, ulangi hasrat sertai BRICS
Pertemuan PM Anwar dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok akan dimanfaatkan untuk suarakan keinginan Malaysia sertai BRICS.

Malaysia timbang tawaran jet pejuang baharu Rusia - Tun Mahathir
Malaysia amat berhati-hati untuk berbelanja terlalu banyak wang menggantikan jet pejuang Rusia SU dan MiG dengan versi baharu.

Dr Mahathir tiba di Vladivostok untuk Forum Ekonomi Timur
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini hari ini untuk menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) kali kelima.

Lawatan Dr Mahathir ke Rusia dijangka tingkatkan lagi hubungan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba esok di Rusia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Rusia Vladimir Putin.