KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran di Sweden, Anwar berkata, terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.
"Apa yang anda ingin buktikan? Bahawa anda adalah sekular, menentang Islam atau menentang agama, namun, apa yang sebenarnya digambarkan adalah kemerosotan nilai dan kemanusiaan nilai," kata beliau ketika melancarkan buku 'Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays In Honour of Prof Osman Bakar' di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), di sini, hari ini.
Oleh itu, Anwar berkata, beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memanggil Duta Sweden dan menyampaikan perasaan jijik Malaysia terhadap toleransi perbuatan membakar al-Quran di negara mereka.
Paludan, ketua parti pelampau kanan Denmark Stram Kurs, dibenarkan membakar al-Quran pada Sabtu lepas di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dan insiden itu mencetuskan kemarahan dunia Islam.
Perdana Menteri berkata, Malaysia menyokong Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan atas kenyataan agresifnya terhadap perbuatan seorang ahli politik anti-Islam di Sweden.
"Tiada sebab untuk mencetuskan sentimen ummah tetapi kita cuba mendidik orang ramai. Malah dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk menghasut pembenci kaum... kita perlu menanganinya. Inilah cabaran dalaman yang kita hadapi," kata beliau.
Anwar yang menganggap perbuatan membakar al-Quran sebagai tindakan tidak bertamadun, turut merayu orang ramai supaya meneruskan bantahan dan meluahkan rasa jijik sambil menerimanya sebagai cabaran untuk menghormati komitmen bagi memastikan mesej al-Quran berterusan.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan supaya kurikulum atau mata pelajaran peradaban Islam dikaji semula, Anwar berkata, perkara itu perlu diberi perhatian agar cabang ilmu itu benar-benar memberi kefahaman mendalam dengan mesej Islam khususnya soal nilai, akhlak, kemanusiaan dan universal.
Ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak menggunakan agama untuk kepentingan mereka, beliau berkata, langkah pemerkasaan kurikulum mata pelajaran itu diharap dapat menerapkan tradisi pembelajaran secara kritis dan semua isu berbangkit perlu dirujuk kepada hadith dan Al-Quran.
"Ini semua orang dalam tazkirah buat fatwa masing-masing. Apabila kita tegur, dia kata kita anti-ulama, ini tidak benar. Kalau guru agama itu... jika buat kenyataan yang salah itu mesti ditegur.
"Kalau tidak (hanya) oleh kerana dia tokoh parti dan ulama, kenyataan dia semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman yang lebih mendalam... ," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Anwar Ibrahim bergambar kenangan selepas hadir pada pelancaran Buku Himpunan Esei 'Knowledge,Tradition and Civilization :Essays In Honour of Professor Osman Bakar' di ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. - Gambar BERNAMA
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.