Malaysia akan terus memantau perkembangan di Lebanon berikutan keputusan Perdana Menteri Lebanon, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya ketika melawat Riyadh awal bulan ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan atau insiden-insiden yang meragukan menimpa rakyat Malaysia di sana.
"Di Lebanon, memang saya beri perhatian lebih daripada apa yang menular di Yemen dan Qatar kerana di sana kita ada anggota Malbatt 850-5 (pasukan pengaman Batalion Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali peringkat Tentera Darat dan pelancaran Pakej Istimewa Panggilan dan Data (Pakej TigaTiga) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Michael Kuehner.
Kira-kira 1,000 warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan veteran ATM memeriahkan sambutan Deepavali peringkat Tentera Darat.
Hishammuddin berkata sejurus perletakan jawatan oleh Hariri pada 4 Nov lepas, Raja Mohamed Affandi telah menghubungi kepimpinan Lebanon bagi mendapatkan maklumat berkenaan keadaan di sana.
Seramai 850 anggota tentera termasuk 30 orang dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) berada di Lebanon kerana menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu selama setahun.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi dan Kuwait telah menggesa warganya meninggalkan Lebanon dengan segera.
Pada 4 Nov, Hariri secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatanya dengan membaca satu kenyataan secara langsung melalui televisyen dari Riyadh, ibu negara Arab Saudi, dengan mendakwa beliau mengundur diri berikutan pengaruh kebangkitan Iran di negaranya yang membuatkan beliau khuatir akan mengalami nasib sama dengan bapanya, Rafik Hariri, yang telah dibunuh pada 2005.
Pengumuman mengejut itu membangkitkan kebimbangan yang Lebanon - berpecah kepada kem diketuai oleh Hariri dan pergerakan Hizbullah yang disokong oleh Iran - mungkin membawa kepada keganasan.
Sementara itu, Hishammuddin memuji langkah Celcom yang menawarkan tiga pelan khas untuk warga Mindef dan veteran ATM.
"Kerjasama dengan Celcom amat bermakna sekali kerana buat pertama kali sektor swasta bersama-sama dengan kita dan ini ada kaitan rapat dengan teras kebajikan veteran dan anggota.
"Pakej ini dijangka memberi impak besar dalam jangka masa panjang terutamanya dalam mengurangkan kos perbelanjaan warga Mindef termasuk veteran ATM," katanya.
Beliau turut berharap lebih banyak syarikat swasta yang akan tampil ke hadapan dan membantu warga Mindef.-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2017
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan atau insiden-insiden yang meragukan menimpa rakyat Malaysia di sana.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Pesara ATM bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang pesara ATM daripada lima pertuduhan rasuah berhubung pelantikan sebuah syarikat secara rundingan terus.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.