KOTA TINGGI: Malaysia menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin berkenaan yang diperoleh melalui fasiliti COVAX tiba di KLIA pada 8.20 malam.
Beliau berkata ini merupakan penghantaran pertama bagi vaksin berkenaan yang pembeliannya dilaksanakan pada Disember lepas bagi kegunaan tiga peratus jumlah populasi negara.
"Pihak fasiliti COVAX menghantar vaksin ini dari Korea Selatan dan kita akan letak di gudang yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian peruntukan Parlimen Tenggara di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Tenggara, Taman Daiman, di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai kebimbangan masyarakat terhadap vaksin berkenaan, Dr Adham berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah membuat keputusan untuk membeli vaksin itu hanya selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (MPRA).
Beliau berkata berdasarkan penelitian terhadap semua data daripada pengeluar dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), didapati kelebihan menggunakan vaksin tersebut adalah melebihi kemudaratan.
"Pandangan kita, vaksin AstraZeneca ada kebaikan apabila digunakan terhadap kumpulan (penerima) tertentu... (sebab itu) kena banyakkan jenis-jenis vaksin lagi kerana keperluan vaksin ada yang boleh serasi dengan kumpulan-kumpulan itu... sekarang kita dah ada Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca," katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya kumpulan pertama yang akan menerima vaksin berkenaan, beliau berkata satu pengumuman akan dibuat pada Isnin ini.
"Pihak JKJAV, pakar klinikal dan pakar jangkitan akan memberi saranan kepada kumpulan yang akan kita berikan dan kenyataan mengenainya akan dibuat Isnin ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin berkenaan yang diperoleh melalui fasiliti COVAX tiba di KLIA pada 8.20 malam. - Gambar fail

Nenek tular di TikTok, Nek Esah meninggal dunia
Nek Esah yang berusia lingkungan 100 tahun itu memiliki enam anak, 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut.
Individu hina Islam berdepan tindakan tegas
Hina Islam atau agama lain tidak akan dibiarkan begitu saja sebaliknya tindakan tegas akan diambil tidak kira kepada sesiapa sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar.

Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penunjuk perasaan seluruh AS desak pembebasan aktivis Palestin Mahmoud Khalil
Khalil, pemegang kad hijau dan lulusan Universiti Columbia baru-baru ini membantu menganjurkan protes di kampus pada tahun lepas.

Israel bunuh lebih 150 rakyat Palestin sejak gencatan senjata Januari
Lebih 150 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan tahun ini, termasuk 40 dalam tempoh dua minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.

Pasukan pertahanan awam Palestin keluarkan 61 mayat di pekarangan Hospital Shifa
Proses penggalian bermula pada 13 Mac 2025 dengan pasukan berusaha mengeluarkan mayat untuk dikebumikan dengan sewajarnya.
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar
Bagaimanapun, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu mempunyai kewibawaan.

Tampil tema lagu raya, konsert unik 'M N46IR Cipta Raya' bertemu peminat 13 April ini
M Nasir memaklumkan dia bakal menyanyikan kira-kira 20 lagu yang sesuai dengan tema konsert itu.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.