KUALA LUMPUR: Malaysia menawarkan diri untuk pencalonan sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
"Jemaah Menteri telah membuat ketetapan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewakili negara (bertanggungjawab) untuk pencalonan sebagai Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026 hingga 2029 itu.
"Jadi, kita akan mula membuat kerja persiapan agar dapat membantu meningkat dan mengangkat martabat Malaysia di pentas berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama media di sini malam tadi.
UN-Habitat yang diberi mandat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua.
Sementara itu, Nga berkata Anugerah Kecemerlangan Media KPKT (AkeMedia) 2024 yang dijadual berlangsung pada 8 Nov depan bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM59,000.
Beliau berkata AkeMedia kali ini mempertandingkan lapan kategori merangkumi topik seperti perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kebombaan, kemampanan bandar dan persekitaran hijau, pengurusan sisa pepejal dan kredit komuniti.
Antara kategori itu ialah Anugerah Khas YB KM (Anugerah Utama), Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik, Anugerah Video Portal/Dalam Talian Terbaik dan Anugerah Penyiaran Radio Terbaik.
Turut dipertandingkan untuk penyertaan media bermula semalam sehingga 16 Sept ialah Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik, Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik, Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik dan Anugerah Video Popular/Pilihan.
"KPKT memutuskan untuk meneruskan anugerah berprestij ini buat kali kedua selepas mendapat sambutan 365 penyertaan daripada pelbagai agensi media pada tahun lepas.
"Saya amat berpuas hati dengan hasil karyawan para peserta yang banyak membantu KPKT menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat yang ingin mengetahui hasil kerja kementerian serta agensi di bawahnya," katanya.
Selain itu, beliau berharap penganjuran anugerah itu dapat terus menyuntik semangat media dalam membantu kerajaan menangani isu-isu sensitif yang dibangkitkan pihak tertentu terutama yang boleh memecah-belahkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Nga ketika berucap pada majlis iftar bersama media di Kuala Lumpur malam tadi. - Facebook KPKT Malaysia
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.