KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan meneruskan kerjasama rapat di dalam bidang pertahanan menerusi angkatan tentera masing-masing biarpun berhadapan cabaran pandemik COVID-19 pada masa ini.

Komitmen kerjasama itu disuarakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen.

"Kedua-dua menteri menzahirkan komitmen mereka kepada kedua-dua angkatan tentera, terutama Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura untuk terus bekerjasama rapat biarpun berhadapan dengan cabaran situasi pandemik COVID-19 masa ini," menurut hantaran Kementerian Pertahanan dalam laman Facebook rasminya semalam.

-- BERNAMA