PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura akan berbincang mengenai keperluan mengadakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura pada setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu adalah antara yang akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Josephine Teo, yang dijadualkan mengadakan lawatan ke Malaysia pada 4 Feb ini.
Beliau berkata pertemuan dua hala itu akan turut meneliti beberapa perkara dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Malaysia dan Singapura di republik itu semalam khusus berkaitan keselamatan siber, perlindungan data peribadi dan ekonomi digital.
Beliau berkata kerjasama yang lebih erat antara agensi berkaitan di kedua-dua negara untuk bersama-sama mengatasi masalah keselamatan siber dan menangani isu sedemikian akan turut dibincangkan.
Antara agensi tersebut ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak kawal selia di Singapura, serta CyberSecurity Malaysia dengan badan yang menjaga aspek keselamatan siber di Singapura.
"Singapura menyuarakan kesediaan untuk kerjasama yang erat serta membawa pelaburan ke Malaysia dan kerajaan akan merancakkan perbincangan dengan negara jiran kita supaya kesan ekonomi dapat dirasai rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia-Singapura bincang adakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber
Malaysia dan Singapura akan berbincang mengenai keperluan mengadakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura pada setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber.