KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata kesediaan Malaysia itu adalah sebagai menyambut baik harapan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mahu melihat hubungan akrab kedua-dua negara terus mekar di bawah pentadbiran Wong.
Anwar berkata harapan Singapura itu dizahirkan Lee semasa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya itu selepas merasmikan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024.
"PM Lee memaklumkan secara rasmi akan menyerahkan tampuk pentadbiran kepada Lawrence Wong minggu depan dan menzahirkan harapan melihat hubungan akrab Malaysia-Singapura terus mekar di bawah kepemimpinan baharu negara itu.
"Saya sambut baik harapan PM Lee dan sedia untuk terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau juga sempat mengundang Lee dan isterinya, Ho Ching ke Malaysia dalam masa terdekat.
Anwar berkata beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat menghargai hubungan peribadi yang erat bersama Lee serta Ho Ching.
"Bicara kami dalam setiap pertemuan sentiasa berpaksikan sahabat kepada sahabat.
"Selamat maju jaya sahabat. Semoga masa depan yang cemerlang terus menanti Malaysia dan Singapura, insya-Allah," katanya.
Wong, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Singapura, akan mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Lee pada 15 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Nilai dasar luar di bawah kepimpinan Trump
Dalam video ini, Nazri Kahar yang kini berada di Beijing, bertemu dengan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah, Universiti Malaysia, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah. Mereka membincangkan kemungkinan perubahan dasar besar di Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia, sebuah negara kecil yang bergantung kepada perdagangan. Saksikan wawancara eksklusif ini untuk memahami lebih lanjut tentang strategi yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia dalam menghadapi perubahan global.
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia
Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pada 27 Mac 2023, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu Yayasan Albukhary.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.
Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS
Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.