KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menawarkan akses kepada penyelesaian rawatan berkesan dan mampu bayar bagi mereka yang menghidap Hepatitis C.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan kelulusan bersyarat diberikan kepada negara dan pertama di dunia untuk kombinasi ubat Ravidasvir dengan Sofosbuvir.
“Sebagai respons kepada tema Hari Hepatitis Dunia 2021, “Hepatitis Can’t Wait”, Malaysia kini bersedia dan sangat teruja untuk melangkah ke hadapan bagi memberikan penyelesaian rawatan kepada mereka yang dijangkiti penyakit ini.
“Ini sejajar dengan misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengurangkan penularan jangkitan virus hepatitis baharu sebanyak 90 peratus dan mengurangkan kematian disebabkan virus hepatitis sebanyak 65 peratus menjelang tahun 2030.
“Malaysia menawarkan rawatan kepada pesakit Hepatitis C dengan kadar kesembuhan sebanyak 97 peratus dan pengurangan kos sebanyak 95 peratus,” katanya pada majlis perasmian Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena insigHT2021, di sini, pada Selasa.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahah Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pihaknya komited dalam menjayakan penawaran rawatan baharu tersebut.
“Melalui kepakaran kami dalam bekalan, logistik dan pengedaran Ubat Hepatitis C kepada Hospital Ahli MHTC, kami berasa bangga dapat memberikan sumbangan kepada matlamat bersama Malaysia dan WHO untuk menghapuskan Hepatitis C menjelang tahun 2030.
“Dalam mewujudkan akses kepada rawatan bagi pesakit tempatan dan antarabangsa yang memerlukan, kami berkongsi wawasan ‘Memperteguh Daya Tahan’, sekali gus menggerakkan lagi industri pelancongan perubatan ke hadapan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd Daud Mohd Arif berkata, insigHT2021 adalah persidangan antarabangsa yang diadakan secara maya selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 November 2021.
“Bertemakan ‘Memperteguh Daya Tahan’, persidangan kali ini akan mengemukakan pandangan strategi pemulihan pascapandemik dan peluang daya tahan industri dengan topik seperti pengimejan semula sistem kesihatan, masa depan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, serta membina semula hospitaliti disampaikan pakar industri tempatan dan antarabangsa.
“insigHT telah memainkan peranan yang penting sebagai sebuah platform untuk mencipta hasil yang ketara dan bernilai, yang akan memberikan manfaat kepada peserta industri dan pelancong kesihatan.
"Setelah melalui keperitan pandemik, usaha untuk mengoptimumkan platform seperti ini menjadi semakin penting pada hari ini untuk mencergaskan semula industri kita,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Berhad, Imri Mokhtar pula menambah, pihaknya teruja menjadi Rakan Kongsi Digital persidangan itu untuk kali ketiga berturut-turut.
"Ini selaras dengan komitmen TM untuk memperkasakan peserta industri penjagaan kesihatan melalui penyelesaian digital hujung ke hujung yang akan membolehkan mereka melangkah ke hadapan di tengah-tengah cabaran global.
"Perkhidmatan digital seperti penerapan pantas teleperubatan, kesihatan pintar dan infrastruktur digital adalah penting untuk melestarikan dan membangunkan industri pelancongan perubatan," jelasnya.
Ehsan A Marisah
Wed Nov 17 2021

Malaysia bersedia dan terus melangkah ke hadapan bagi memberikan penyelesaian rawatan kepada mereka yang menghidapi Hepatitis C. - Foto fail

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Niaga Spotlight: Addressing depopulation: fertility after 40
Depopulation and demographic shifts are a topic of global economic conversations in 2025.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.

Peniaga didenda, bergurau ada bom dalam beg rakan di lapangan terbang
Gara-gara bergurau di tempat yang tidak sesuai, seorang warga emas dikenakan denda RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggugat ketenteraman awam dalam kejadian pada Selasa lalu.

UNL: Kylian Mbappe kembali galas peranan ketua pasukan Les Bleus
Kylian Mbappe kembali ke pangkuan skuad Perancis untuk perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Croatia.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi tadi.
Mat Zani @ Mohd Salahuddin pangku jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman
Timbalan Pengarah Narkotik (risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali memangku jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman berkuat kuasa hari ini.

Malaysia, tiga lagi negara laksana kajian guna semula Nelfinavir untuk rawat demam denggi - Dzulkefly
Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi.

Mesir terima anugerah WHO atas kemajuan penghapusan Hepatitis C
Mesir menerima status "Gold Tier" daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana kemajuan luar biasa ke arah penghapusan Virus Hepatitis C dalam kesihatan awam.

Kadar notifikasi kematian Hepatitis B, C di Malaysia meningkat - Khairy
Kadar notis kes baharu Hepatitis C turut menunjukkan peningkatan kepada 8.59 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, berbanding 6.9 orang bagi jumlah sama pada 2015.

Malaysia sedia jadi hab rawatan Hepatitis C Asia
Malaysia negara pertama di dunia yang diberi kelulusan bersyarat untuk Ravidasvir secara kombinasi dengan Sofosbuvir bagi merawat Hepatitis C.

Malaysia di landasan tepat perangi hepatitis C - Dr Noor Hisham
Meskipun berdepan pandemik COVID-19, namun ia bukan penghalang untuk Malaysia secara aktif menjalankan saringan virus hepatitis C (HCV).

NPRA Malaysia lulus pendaftaran bersyarat Ravidasvir, rawat Hepatitis C
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.

Malaysia jadi negara pertama luluskan produk Ravida untuk rawat hepatitis C
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia telah meluluskan pendaftaran bersyarat produk Ravida Tablet 200mg (Ravidasvir Hydrochloride 200mg) dalam mesyuarat kali ke-358 pada 4 Jun 2021.

Kementerian anjur saringan hepatitis percuma secara besar-besaran
Terdapat lebih 100 tempat saringan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan yang utama di seluruh Malaysia, mulai hari ini hingga 21 Julai.

Bekas vokalis kumpulan Panji meninggal dunia
Bekas vokalis kumpulan Panji Mohd Rafi Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, awal pagi tadi.

Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.