KUALA LUMPUR: Kadar notifikasi kematian Hepatitis B dan C di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan masing-masing kepada 0.16 dan 0.27 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, berbanding 0.13 dan 0.19 orang bagi jumlah sama pada 2015.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kadar notis kes baharu Hepatitis C turut menunjukkan peningkatan kepada 8.59 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, berbanding 6.9 orang bagi jumlah sama pada 2015.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar notifikasi kes baharu Hepatitis B menurun kepada 11.6 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lepas, berbanding 12.2 orang bagi jumlah sama pada 2015.
"Peningkatan kes baharu Hepatitis C adalah susulan meningkatnya kesedaran orang ramai untuk menjalani ujian saringan terutamanya dalam kalangan individu berisiko.
Peningkatan juga berlaku berikutan pelaksanaan saringan bersasar di fasiliti kesihatan, institusi penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta kempen-kempen kesihatan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2022 hari ini.
Sehubungan itu, Khairy menasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang berisiko supaya tidak berlengah untuk menjalani ujian saringan dan pengesanan awal yang dapat mengelakkan komplikasi jangkitan seperti penyakit hati yang teruk dan kanser hati seterusnya kematian. Untuk Hepatitis C pula, rawatan khusus kini boleh diberikan untuk menyembuhkan jangkitan.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan bayi mereka diberikan imunisasi Hepatitis B yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan dan sekiranya terdapat anak yang tercicir imunisasi, mereka perlu mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran untuk penjadualan semula imunisasi.
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus iaitu virus Hepatitis A, B, C, D atau E.
Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan tidak membawa kepada penyakit yang kronik manakala virus Hepatitis B, C dan D berjangkit melalui darah atau cecair badan yang boleh membawa kepada penyakit kronik serta merupakan punca utama kepada sirosis atau parut hati dan kanser hati yang memudaratkan.
Khairy berkata kebolehcapaian ubat DAA (antivirus bertindak secara langsung) yang mempunyai keberkesanan yang tinggi dan pada harga berpatutan juga meningkatkan kadar saringan dan rawatan Hepatitis C.
Justeru, beliau berkata Malaysia akan terus memantapkan program saringan dan rawatan Hepatitis C di seluruh negara dengan mempertingkat penggunaan kit diagnostik pantas yang lebih mudah, murah dan cepat serta boleh diperoleh di kemudahan-kemudahan kesihatan.
Beliau berkata akses kepada rawatan Hepatitis C juga akan diperluaskan ke klinik kesihatan sedia ada termasuk klinik kesihatan yang mempunyai pakar perubatan keluarga.
Terdapat lebih 300 kemudahan kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan Hepatitis C sejak 2017.
"Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan Yayasan Diagnostik Baharu Inovatif (FIND) sedang menjalankan kajian untuk meninjau keberkesanan rawatan DAA dalam tempoh yang lebih pendek iaitu lapan minggu berbanding 12 minggu.
Kajian untuk meneroka kesesuaian saringan Hepatitis C kendiri yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia kini berada di peringkat akhir," katanya.
Bagi Hepatitis B pula, menurut Khairy Program Imunisasi Kebangsaan yang dimulakan sejak 1989 akan terus diperkukuh melalui pemberian vaksin Hepatitis B dalam tempoh 24 jam selepas bayi lahir kerana ia mempunyai keberkesanan sebanyak 95 peratus dalam mencegah jangkitan virus itu dalam tempoh kelahiran sebelum dos seterusnya diberikan menggunakan vaksin kombinasi enam serangkai pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kadar notis kes baharu Hepatitis C turut menunjukkan peningkatan kepada 8.59 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, berbanding 6.9 orang bagi jumlah sama pada 2015. - Gambar fail/BERNAMA

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Alex pergi terlalu cepat, baru minggu lepas kami borak di telefon - U-Wei Hj Saari
Pengarah flem, U-Wei Hj Saari meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabat baiknya Alex Komang akibat kanser hati.