KUALA LUMPUR: Malaysia sedia berbincang dengan United Kingdom (UK) mengenai laluan perjalanan vaksinasi (VTL) (vaccinated travel lane) bagi pengembara dari negara itu yang lengkap divaksinasi untuk masuk ke Malaysia tanpa melalui tempoh kuarantin.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss, dengan persetujuan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam pertemuan mereka di sini.
"Kita akan bincang soal teknikal di peringkat pegawai dan kita akan umumkan dalam masa terdekat apakah timeline untuk kita membuka VTL kepada pengembara dari UK yang ingin datang ke Malaysia," katanya pada sidang media selepas pertemuan itu.
Truss tiba di Malaysia pada Ahad, dalam rangka lawatan pertama ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Setiausaha Luar UK pada September 2021.
Khairy berkata beliau juga memaklumkan kepada Truss mengenai harapan Malaysia supaya UK memberi kemudahan kepada pengembara Malaysia yang menerima vaksin Sinovac untuk masuk ke negara itu tanpa perlu melalui tempoh kuarantin.
Menurut beliau ketika ini pengembara Malaysia yang lengkap menerima vaksin tertentu sahaja dibenarkan masuk ke negara itu tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
"Saya dimaklumkan tadi bahawa ada berita baik daripada UK yang akan diumumkan nanti. Diharapkan mereka akan umumkan bahawa mereka juga akan iktiraf vaksin Sinovac, jadi penerima vaksin itu juga akan diberikan kemudahan tanpa kuarantin apabila mengunjungi UK nanti," katanya.
Ditanya mengenai subvarian Delta AY.4.2 yang dikesan dalam dua kes import di negara ini, Khairy berkata ia masih dikategorikan sebagai varian dalam siasatan (VUI) dan belum ditakrifkan sebagai varian yang membimbangkan (VOC).
"Kita dapati ia merupakan satu varian dengan kebolehjangkitan terutamanya tanpa bergejala, sedikit lebih tinggi daripada varian Delta asal, tetapi dari segi severity atau tahap gejala, tidak lebih teruk daripada varian Delta asal," jelasnya.
Tambahnya subvarian itu masih dalam siasatan dan pemantauan di Malaysia.
Sabtu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan penemuan dua kes COVID-19 yang dijangkiti subvarian itu dalam kalangan kes import iaitu pelajar Malaysia yang baru pulang dari UK.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia sedia bincang laluan perjalanan vaksinasi tanpa kuarantin untuk pengembara UK - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss.