BACHOK: Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berharap sasaran itu dapat dicapai 100 peratus dalam masa terdekat atau sekurang-kurangnya 50 peratus.
"Negara memerlukan 200,000 tan metrik daging lembu setahun bagi keperluan rakyat dan masih perlu mengimport 80 peratus daging bagi memenuhi permintaan rakyat.
"Bekalan daging ketika ini sekitar kira-kira 20 peratus bersamaan 47,000 tan metrik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi dan merasmikan HL Agro Farm KB Sdn Bhd di Kampung Sri Kemunting, Gunong, di sini hari ini.
Mohamad berkata bagi mengurangkan import serta kebergantungan daging dari luar negara pada masa akan datang, kerajaan akan membantu meningkatkan jumlah ternakan dan penghasilan.
"Kerjasama dengan kerajaan negeri penting kerana tanah milik kerajaan negeri seperti tanah ladang di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih banyak boleh diusahakan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan turut menyalurkan peruntukan kepada penternak yang baharu memulakan usaha dengan memberikan bantuan kira-kira RM20,000 seorang.
Sementara itu, beliau berkata kementerian memberi jaminan bekalan daging lembu untuk korban pada Aidiladha nanti mencukupi termasuk memberi jaminan tidak berlaku peningkatan harga daging yang ketara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Mohamad berkata, pihaknya berharap sasaran itu dapat dicapai 100 peratus dalam masa terdekat atau sekurang-kurangnya 50 peratus. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Malaysia sasar 100,000 tan metrik daging tempatan menjelang 2030 - Mohamad Sabu
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.