Malaysia perlu beralih daripada pertumbuhan berpacukan input kepada berpacukan produktiviti untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir menjelaskan, pertumbuhan negara telah banyak didorong berpacukan input menerusi suntikan modal dan buruh ke dalam ekonomi negara.
"Jenis pertumbuhan yang meminimumkan kos semakin sukar dikekalkan. Setiap unit input yang disuntik kepada ekonomi menghasilkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang rendah berbanding sebelum ini," katanya ketika berucap pada Anugerah Kecemerlangan Industri 2018 di sini, malam tadi.
Perdana Menteri berkata untuk beralih kepada pertumbuhan berpacukan produktiviti, syarikat-syarikat perlu melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan inovasi dan mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Selain itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk meningkatkan kemahiran tenaga buruh dan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan teknologi terkini.
"Usaha bersepadu ini amat penting demi menambah baik prestasi produktiviti buruh untuk menjadi negara yang maju dan inklusif. Kita perlu berhijrah daripada amalan biasa konvensional, sebaliknya meletakkan negara kita pada trajektori pertumbuhan yang pantas,” kata Dr Mahathir.
Selain meningkatkan pencapaian produktiviti, Perdana Menteri turut berkongsi tiga lagi bidang keutamaan yang mana kerajaan turut menggiatkan usaha.
Ia merangkumi peningkatan kapasiti eksport untuk meluaskan pengantarabangsaan, menambah baik kecekapan pasaran untuk mempromosi persaingan yang adil dan memudahkan urusan perniagaan bagi mewujudkan iklim perniagaan yang lebih positif.
Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada malam ini bertujuan mengiktiraf syarikat di Malaysia yang mencapai tahap kecemerlangan tertentu dalam produk dan perkhidmatan masing-masing.
Hadir sama menteri berkenaan Datuk Darell Leiking dan timbalannya Dr Ong Kian Ming.
Anugerah tersebut diberikan kepada lapan syarikat termasuk Ideal Healthcare Sdn Bhd, Indkom Engineering Sdn Bhd, Excelvite Sdn Bhd, Cita Information Systems Sdn Bhd, Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd, KPJ Ipoh Specialist Hospital dan STMicroelectronics Sdn Bhd.
Pada majlis tersebut, KPJ Ipoh Specialist Hospital merangkul Anugerah Perdana Menteri.
Bernama
Fri Apr 19 2019
Dr Mahathir secara spontan menunjukkan isyarat 'peace' ketika bergambar bersama para pemenang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri 2018 di sebuah hotel malam tadi. -- fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun.