Malaysia optimis dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak hilang pada 8 Mac.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau 99.9 peratus yakin dengan misi mencari berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih.
"Saya optimis 99.9 peratus untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas.
"Dan ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa kontrak oleh Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Fremantle di sini hari ini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Jailani Johari, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Judith Zielke.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Hishammuddin juga merakamkan penghargaan beliau kepada negara-negara yang terlibat dalam misi mencari itu, termasuk Australia dan China, dan mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk meneruskan misi mencari itu tanpa had masa spesifik.
Pada majlis itu, Naib Presiden Petronas bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Adif Zukifli berkata Petronas menyediakan USD21 juta (RM67 juta) untuk membiayai kos bagi kapal itu, bersama-sama anak kapal dan peralatan pengesan dalam air.
"Pembiayaan itu untuk sewaan alat pengesan bagi tempoh enam bulan sehingga Februari 2015," katanya.
Kapal itu dijangka memulakan misi mencari selama 30 hari dari esok (Khamis) di bahagian selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000km dari Perth dan Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd bertindak sebagai vendor yang menyediakan perkhidmatan teknikal bagi kapal itu.
Sementara itu, Zielke berkata beliau akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pakar-pakar antarabangsa, yang terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan MH370 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penyiasatan pesawat itu.
"Kami akan bincangkan tentang prosedur Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) jika ada kemungkinan pesawat itu ditemui," katanya.
Jailani, yang juga pengerusi Jawatankuasa Media MH370, mengingatkan media asing dan tempatan supaya tidak membuat spekulasi tentang kehilangan pesawat itu dan membuat laporan berita berdasarkan maklumat yang telah disahkan.
Berhubung penyiasatan tragedi Penerbangan MH17 terhempas, Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk menyelesaikan penyiasatannya dengan segera dan tiada niat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung siapa bertanggungjawab bagi tragedi itu sehingga penyiasatan selesai.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal -- dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Wed Oct 22 2014
![Malaysia optimis usaha kesan lokasi MH370 Malaysia optimis usaha kesan lokasi MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61413974174_295x200.jpg)
BERFIKIRAN POSITIF: Hishammuddin (kiri) memberi kata-kata semangat kepada kru Phoenix International hari ini sebelum mereka memulakan operasi pencarian pesawat MH370 esok. - Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
![Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738641301_GirlWithPhone.jpg)
Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
![Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738478073_TBKUANTANMOU.jpg)
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
![Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737009058_tbAnthonyAlbanese.jpg)
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
![Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736374446_HadiNazari.jpg)
Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.
![2 maut pesawat ringan terhempas di Australia 2 maut pesawat ringan terhempas di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736062668_PlanecrashinSydne.jpg)
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
![Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734904005_MattKean.jpg)
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
![Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678787147_Doktor.jpg)
Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.
![Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733820043_qantasairways.jpg)
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.