SHAH ALAM: Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat sebagai usaha membawa keluar rakyat yang terkandas di negara bergolak itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, Malaysia juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan lain bagi memindahkan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.
"Kita sedang menggunakan saluran diplomatik pelbagai negara bagi menangani isu ini secara bersama. Usaha untuk berunding dengan pihak bertelagah bagi memberi laluan kepada usaha-usaha evakuasi terus berjalan.
"Sejak pagi tadi (Ahad) saya bersama dengan pasukan Ops Sudan mengikuti secara terperinci setiap langkah yang sedang diambil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media antarabangsa mengenai lanjutan penutupan ruang udara negara itu sehingga 30 April ini seperti yang diumumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wisma Putra kini sedang berusaha menghubungi pihak berkepentingan lain di Sudan bagi mencari ruang untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan pertempuran.
Sebelum ini media melaporkan, seramai 32 rakyat Malaysia di tujuh lokasi berbeza masih terkandas di negara bergolak itu dalam keadaan selamat.
Konflik di Sudan mula tercetus pada 15 April lalu akibat pertempuran melibatkan Angkatan Tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dengan angka korban akibat pergolakan perebutan kuasa itu kini mencecah 413 orang manakala 3,551 lagi cedera menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menyatakan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera parah. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 23 2023

Zambry memaklumkan, Malaysia juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan lain bagi memindahkan rakyat Malaysia dari negara berkenaan. - Fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia mohon mendarat di Sudan, bawa pulang rakyat terkandas - Zambry
Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat sebagai usaha membawa keluar rakyat yang terkandas di negara bergolak itu.