KUALA LUMPUR: Malaysia mendakwa tuntutan kumpulan Sulu agar award sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari 2022, diiktiraf dan dikuat kuasa adalah terbatal serta tidak sah.
Sekretariat Khas Sulu dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan justeru, pembelaan yang difailkan oleh pihak Malaysia menegaskan bahawa, tuntutan kumpulan Sulu berhubung perkara itu tidak boleh diterima dan perlu ditolak.
Katanya Mahkamah Rayuan di The Hague telah mendengar permohonan kumpulan Sulu di Belanda dan hujah kedua-dua pihak dalam prosiding yang berlangsung pada 17 April lepas.
"Malaysia kekal dengan pendirian bahawa tiada persetujuan telah dicapai yang boleh menyediakan sebarang asas bagi mana-mana proses timbang tara yang dikatakan itu.
"... dan langkah memulakan proses timbang tara komersial mengenai perkara yang menyentuh isu kedaulatan adalah sesuatu yang tidak jujur dan adalah penyalahgunaan proses timbang tara komersial yang jelas di peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu juga menyebut Malaysia komited dalam melindungi kedaulatannya dan menegakkan proses timbang tara di peringkat antarabangsa serta berhasrat untuk mendedahkan percubaan kotor kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan award palsu yang terbatal dan tidak sah itu.
"Ini adalah satu percubaan untuk memeras ugut sebuah negara berdaulat dan kewujudan berterusan award palsu itu telah mencemar reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global," katanya.
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk percubaan untuk memutarbelitkan kedaulatan undang-undang, tidak mengiktiraf kesahihan award yang kononnya diperoleh melalui proses timbang tara dan sedang memulakan litigasi di seluruh Eropah bagi memastikan penipuan ini didedahkan serta award berkenaan dibatalkan.
Pada 28 Feb 2022, Dr Gonzalo Stampa, penimbang tara antarabangsa yang berpusat di Madrid, Sepanyol dikatakan telah memberikan award itu kepada kumpulan Sulu manakala pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan perintah penggantungan terhadap penguatkuasaan award tersebut yang diperoleh pihak Malaysia di Perancis.
Oleh itu, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 berhubung penguatkuasaan award tersebut adalah kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Malaysia kekal dengan pendirian bahawa tiada persetujuan telah dicapai yang boleh menyediakan sebarang asas bagi mana-mana proses timbang tara yang dikatakan itu. - Gambar hiasan
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Mangsa banjir Perak meningkat, dua PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Mondelez tarik balik produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin 50g
Mondelez International (Malaysia) menarik balik secara sukarela produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin (50g) yang dikeluarkan pada 3 Feb 2024.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia mahu jadi hab penjanaan AI, pusat tarikan pelaburan untuk rakan digital - PM Anwar
Dalam tempoh 12 bulan seterusnya, kerajaan berharap dapat mencapai beberapa hasil utama termasuk penyediaan Pelan Tindakan Teknologi AI.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
TikTok Shop Summit kembali, bakal beri manfaat kepada PMKS
Jenama tempatan berpeluang meneroka peluang pertumbuhan baharu melalui sesi pemadanan dengan pencipta kandungan terkemuka.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.