KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyuarakan kepada negara pembekal beras utama ASEAN supaya memberikan keutamaan mengeksport makanan ruji itu kepada negara anggota pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata perkara itu akan dibangkitkan pada sesi perbincangan dua hala dengan negara-negara tersebut pada AMAF itu yang berlangsung di sini hari ini.
"Mungkin pada sesi bilateral kita akan bangkitkan seperti kita nak mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan mengeksport beras kepada negara-negara ASEAN. Perbincangan mungkin dengan Thailand ataupun Vietnam," katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu merasmikan majlis tersebut di sini hari ini.
Mengulas mengenai Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan yang dilancarkan semalam, Chan berkata pemeriksaan menyeluruh di semua peringkat rantaian industri padi dan beras akan bermula pada bila-bila masa.
Semalam Mohamad ketika melancarkan operasi tersebut berkata operasi itu akan melibatkan badan Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, polis, Jabatan Kastam serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
Sementara itu, Chan dalam ucapan pada majlis berkenaan berkata kemampanan sektor pertanian dan perhutanan yang penting kepada penduduk ASEAN, berdepan ancaman daripada perubahan iklim, penangkapan ikan berlebihan, amalan pertanian tidak lestari serta pembuangan sisa makanan.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi sektor ini, yang menjadi sumber makanan dan pendapatan.
"Visi kita bersama-sama untuk mengeratkan hubungan sesama kita dan dengan rakan kongsi luar. Dalam situasi yang tidak menentu ini, ASEAN yang bersatu padu mampu membantu menyerap dan menangani kejutan luaran akibat peralihan dasar atau konflik serantau, bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Permintaan itu akan dibangkitkan pada sesi perbincangan dua hala dengan negara-negara tersebut pada AMAF itu yang berlangsung hari ini. - Gambar fail
Ahmad Nawab, seniman sepanjang zaman - Datuk Habsah Hassan
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab diingati sebagai seorang komposer yang memahami selera masyarakat dan sentiasa mengikuti arus perubahan muzik sejak era 50-an hingga kini.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan, menyifatkan kemampuan Allahyarham menyesuaikan karya dengan pelbagai era, termasuk era Saloma, Sharifah Aini, dan Jamal Abdillah, sebagai faktor kejayaan karya-karyanya.
Semangat, kreativiti Ahmad Nawab disanjung tinggi
Semangat dan kreativiti Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dikongsi sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan oleh komposer muzik,Datuk Wah Idris.
[TERKINI] Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
Jabatan Imigresen mohon Skim KP hingga Jusa Gred B
Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution begitu juga bilangan penjawatan lain diperluaskan kepada strategik lain seperti Pengarah Negeri dan Pengarah Bahagian serta Atase Imigresen.
Perkembangan pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.