Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam biarpun negara tidak mempunyai pengalaman mengendalikan bahan kimia itu sebelum ini.
Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof Dr Abdul Rahim Yacob berkata kepakaran ahli kimia negara diiktiraf seluruh dunia dan tidak sewajarnya ada pihak meragui analisis dan siasatan yang dibuat berkaitan kes itu.
Berpengalaman dalam bidang sains forensik lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia selama 10 tahun, Abdul Rahim yakin jabatan berkenaan mempunyai kebolehan menjalankan analisis senjata kimia itu.
"Ahli kimia kita wajib berdaftar setiap tahun dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Ini kerana, mereka terikat dengan Akta Ahli Kimia Malaysia iaitu tidak boleh mengesahkan atau mengeluarkan sebarang laporan seperti laporan bedah siasat sekiranya tidak berdaftar.
Kita juga mempunyai kelengkapan teknologi canggih mengesan racun dan sisa-sisa kimia seperti mesin High-performance liquid chromatography (HPLC), UV Detector dan gas chromatography. Jadi, tidak perlu timbul keraguan," katanya ketika dihubungi Bernama.
BACA: Kim Jong Nam mati 15-20 minit selepas terkena Agen Saraf VX - Subramaniam
BACA: Agen saraf VX tidak pernah ditemui di Malaysia - Dr Hilmi
Abdul Rahim berkata sehubungan itu tidak timbul keperluan untuk Malaysia menggunakan kepakaran negara luar berikutan memiliki kepakaran tempatan dan teknologi terkini bagi mengkaji penggunaan bahan toksik itu dalam kes berkenaan.
Senjata kimia yang tidak mempunyai rasa serta bau itu boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate' atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017

ABDUL RAHIM: Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam. - Gambar www.chem.utm.my

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Kepulangan Siti Aisyah disambut dengan air mata
Kepulangan Siti Aisyah ke pangkuan keluarga selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia.

Prosiding Jong Nam: Perbicaraan hari kesembilan di KLIA2
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam bermula pukul 9.20 pagi tadi di Balai Polis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Malaysia miliki kepakaran mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX
Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis siasat bagaimana senjata kimia dibawa masuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis 'Agen Saraf VX' yang telah diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.