Malaysia kini berada dalam ekonomi yang memerlukan perubahan struktural, dan sehubungan itu polisi-polisi negara tidak boleh reaktif tetapi perlu bersifat proaktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata untuk Malaysia terus kekal berdaya saing, negara memerlukan infrastruktur dan pelaburan dalam modal insan.
"Kita perlu mengorak langkah untuk meningkat naik dalam nilai rantaian dengan menyasarkan kepada perkhidmatan dan pendapatan lebih tinggi untuk rakyat," katanya dalam catatan terbaru di laman blog, www.najibrazak.com.
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai sesi konsultasi bersama para akademik fakulti ekonomi dan perniagaan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia yang diadakan di bangunan Parlimen, pagi tadi.
"Kesemua yang hadir adalah pakar yang mempunyai analisis mendalam mengenai ekonomi Malaysia, dan pandangan daripada mereka berupaya membantu kita bergerak maju ke hadapan sebagai sebuah negara menghadapi dunia yang makin pesat berkembang.
"Banyak pendapat dan idea yang telah diutarakan, dan saya ambil perhatian semuanya. Saya terima baik pandangan kritikal mengenai ekonomi kita terutama dari segi perkhidmatan, di mana kita masih lagi di takuk perkhidmatan nilai rendah, atau low value services," katanya.
Najib berkata antara perkara lain, pakar akademik dari Universiti Malaya menyatakan statistik dan kebimbangan mengenai masyarakat yang semakin tua yang akan membawa kesan kepada bekalan tenaga buruh dan juga industri seperti kesihatan dan sebagainya.
"Bercakap mengenai kesihatan, pakar dari (universiti) UCSI menyatakan bahawa kita perlu memandang kepada kenaikan kos penjagaan kesihatan, implikasi daripada rakyat Malaysia kini yang kurang menjaga kesihatan, salah satu indikasinya adalah kadar obesiti negara yang telah meningkat.
"Pada masa sama, pakar ekonomi dari UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) menyuarakan pendapat pentingnya buat kita memberi perhatian kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta mengetengahkan mereka kepada skil teknikal dan vokasional," katanya.
Katanya, ada juga yang menyentuh mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menyatakan bahawa kita perlu mula membayangkan bagaimana dan di mana Malaysia yang ingin kita lihat pada 2050.
"Kesemua pandangan dan idea yang telah dikemukakan ini bernas belaka, dan adalah sebab mengapa saya lancarkan TN50.
"Ia akan mengambil masa yang lama, mungkin satu atau dua generasi akan datang, untuk melihat perancangan kita mencapai hasil yang diinginkan. Kerana itulah kita perlu bertindak sekarang," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017
Polisi-polisi negara tidak boleh reaktif tetapi perlu bersifat proaktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
1MDB: Keterangan menentang Najib, umpama tamatkan hayat sendiri - Hakim
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, ini kerana kedudukan Najib ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Najib kecewa dengan keputusan hakim - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.