KUALA LUMPUR:Malaysia masih belum gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memperjelaskan mengenai dakwaan sesetengah pihak berhubung perkara tersebut.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu berkata walaupun ada yang beranggapan negara telah gagal susulan peningkatan kes sehingga empat angka setiap hari, hakikatnya adalah sebaliknya.
"Kita pernah berjaya sekali tetapi kita masih belum gagal, melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Lowy Institute iaitu sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia terhadap Malaysia berkenaan kecekapan menguruskan COVID-19, Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 negara," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Beliau berkata kedudukan tersebut mengatasi beberapa negara terkemuka di Asia antaranya Jepun dan Korea Selatan dengan skor diberikan ialah 71 peratus.
Beliau turut menafikan bahawa kerajaan tidak mempunyai pelan strategik bagi menangani COVID-19 seperti dakwaan pihak tertentu.
Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) malah telah menggariskan 15 pelan strategik yang diumumkan oleh beliau sendiri pada Selasa lepas.
Ia termasuk lima strategi di bawah Pelan Strategik melalui KKM iaitu termasuk memutuskan rangkaian transmisi, mengurangkan morbiditi dan kematian, memperkukuhkan diagnostik dan survelan, mencapai imuniti kelompok, meningkatkan tingkatkan kesedaran dan pembudayaan normal baharu.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata pemain industri kreatif perlu menyediakan cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penggambaran iklan, drama dan filem dibenarkan semula.
"Kita faham, petugas belakang tabir 'freelance' amat terkesan. Ada dicadangkan agar sektor ini dibenarkan beroperasi, kita boleh pertimbangkan jika SOP itu dipersetujui KKM dan kita akan putuskan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Malaysia masih belum gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/Astro AWANI
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.