BANGKOK: Malaysia berminat untuk memajukan kerjasama dengan negara-negara jirannya di bawah "Jejak ASEAN" (ASEAN Trails), yang memberi peluang kepada pengembara melancong ke pelbagai negara ASEAN dalam satu perjalanan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata kerjasama itu penting dalam usaha untuk menarik pelancong jarak jauh bagi merancakkan kembali industri pelancongan dalam tempoh pasca COVID-19.
"Kami sedang meneliti bagaimana untuk mempromosikan laluan pelancongan dalam ASEAN dengan pelancong jarak jauh boleh melakukan perjalanan, contohnya, melalui darat dari Thailand ke Malaysia dan kemudian ke Singapura atau bahagian lain di ASEAN. Kami mahu dunia menikmati keindahan ASEAN.
"Kami mahu menjual ASEAN. Kami mahu berkongsi manfaat ekonomi melalui pelancongan di rantau ini terutamanya kerana terdapat lebih banyak produk dan perkhidmatan selepas COVID-19," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Nancy berada di Bangkok untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan APEC ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan.
Terdahulu, beliau bertemu rakan sejawatannya Phiphat Ratchakitprakan dan membincangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan pelancongan. Beliau juga bertemu wakil daripada Persatuan Ejen Pelancongan Thailand (TTAA).
Sementara itu, Nancy berkata Malaysia mungkin menyemak semula sasaran ketibaan pelancong pada September memandangkan industri pelancongan terus menunjukkan peningkatan.
"Kementerian mungkin menetapkan sasaran baharu untuk mencapai jumlah pelancong yang lebih tinggi apabila lebih banyak negara membuka semula sempadan dan melonggarkan sekatan perjalanan.
"Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak kerjasama dan promosi untuk meningkatkan ketibaan pelancong," katanya.
Pada Julai, Malaysia mengumumkan sasaran baharu untuk ketibaan pelancong antarabangsanya kerana ia telah melepasi sasaran awal dua juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan RM8.6 bilion dalam penerimaan pelancongan. Oleh itu, Malaysia menyemak semula sasarannya untuk menerima 4.5 juta pelancong antarabangsa dengan RM11.1 bilion hasil pelancongan tahun ini.
Beliau menambah bahawa Thailand adalah antara pasaran jarak dekat yang penting bagi Malaysia.
"Malaysia menetapkan sasaran untuk menarik 800,000 pelancong Thailand tahun ini," katanya.
Pada 2019, Malaysia menyambut ketibaan 1,884,306 ketibaan dari Thailand, dan hampir 70 peratus pelancong Thailand adalah pengembara berulang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Nancy menerima cenderamata dari rakan sejawatan Phiphat Ratchakitprakan di Bangkok, 18 Ohos, 2022. --fotoBERNAMA
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.