Malaysia akan menuntut penjelasan China berhubung dakwaan peletakan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat bagi tujuan berkenaan.
"Saya juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter berhubung gambar didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) menunjukkan (didakwa) aset tentera China yang diletakkan di perairan itu," katanya pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata perkara itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat antarabangsa malah mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan sekiranya dakwaan itu terbukti benar.
Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 antara Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan di sini.
Raja Mohamed Affandi yang sebelum ini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat selama kira-kira tiga tahun secara rasmi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19 pada Jumaat.
Beliau menggantikan Zulkifeli yang melepaskan jawatannya hari ini dan akan bersara wajib.
Raja Mohamed Affandi, 59, yang memulakan khidmatnya dalam ATM pada 1976 berkata amanah itu akan dipegang dengan penuh integriti dan tanggungjawab.
Panglima Medan Barat Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Darat ke-26 hari ini.
Pada majlis itu, Hishammuddin turut mengumumkan pelantikan Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Seri Affendi Buang sebagai Panglima Tentera Udara yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Roslan Saad yang akan bersara berkuat kuasa 21 Dis ini.
Bernama
Sat Dec 17 2016
Hishammuddin akan menghubungi rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.
Aset RM100 juta untuk Najib melampau, PH akan jumpa PM - Guan Eng
Situasi tersebut memaksa PH untuk menilai semula perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan, atau membuat sesuatu lebih dari itu.