Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran sebagai Negara Bebas Asap Rokok menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok yang diperkukuhkan bersama negara-negara ASEAN.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara kerjasama dan strategi itu adalah menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.
"Rokok atau tembakau merupakan ancaman terbesar dan faktor risiko utama menyebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyumbang lebih daripada setengah juta kematian di rantau ASEAN setiap tahun.
"Sebab itu, Malaysia bersama-sama negara lain ASEAN mahu bekerjasama dan berkongsi pendapat memastikan negara masing-masing bebas asap rokok. Saya juga percaya negara mampu capai sasaran itu pada tahun 2045," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok di sini, hari ini.
Lebih 100 peserta dari negara-negara ASEAN, China, Pakistan dan Mongolia menyertai bengkel tiga hari yang bermula semalam. Turut hadir Pengerusi South East Tobacco Alliance (SEATCA) Dr Siriwat Tiptaradol dan Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf.
Sementara itu, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan juga menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang 5 peratus pada 2045 sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.
Beliau berkata kerajaan melakukan pelbagai inisiatif seperti menaikkan cukai eksais rokok, meletakkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok dan larangan merokok di hampir semua tempat awam untuk memerangi tabiat buruk itu .
"Selain itu, kami turut memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai yang ingin berhenti merokok. Sehingga kini, terdapat 944 klinik berhenti merokok yang mengambil bahagian iaitu terdiri daripada klinik kesihatan (731), farmasi dan komuniti (146), hospital (33) dan lain-lain (14) lagi. Seramai 2,973 orang atau 27.6 peratus daripada 10,791 perokok yang datang mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat berjaya berhenti merokok," katanya.
Beliau berkata Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang juga mengambil bahagian dan komited dalam melaksanakan inisiatif bebas asap rokok serta beberapa negara lain akan mengambil inisiatif sama.
Menurutnya dianggarkan tujuh orang bagi setiap 10 orang dewasa atau 8.6 juta orang terdedah kepada asap rokok di tempat awam manakala empat orang untuk setiap 10 orang dewasa iaitu 7.6 juta orang terdedah kepada asap rokok di rumah di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2017
Rokok atau tembakau merupakan ancaman terbesar dan faktor risiko utama menyebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD). - Foto: Pixabay.com
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merancang untuk menambah tujuh lagi kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di seluruh negeri sebelum akhir tahun ini.
Bahan toksik karsinogen dalam asap rokok punca kanser paru-paru
Pembentukan kanser adalah disebabkan terdedah kepada karsinogen, kata pakar onkologi dari Perancis, Profesor Dr David Khayat.
Henti merokok, tingkat kualiti kesihatan
Dr. Prem Kumar Shanmugam berkata, rawatan untuk mengurangkan tabiat merokok boleh dibuat melalui kaedah biologikal, psikologikal dan sosial.
TPM Wan Azizah mahu penjualan 'Ghost Smoke' dihentikan segera
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.
Perokok gagal fahami kawasan larangan merokok di tempat makan - Shaani
Budaya merokok di tempat makan tidak akan dapat diubah dalam masa terdekat walaupun larangannya sudah dikuat kuasakan mulai tengah malam 1 Januari.
Selamat tinggal asap rokok di tempat makan!
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata larangan ini bertujuan untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.
Malaysia mahu bebas asap rokok pada 2045 - Dr Hilmi
Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran Negara Bebas Asap Rokok menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok yang diperkukuhkan bersama negara ASEAN.