KUALA LUMPUR:Merokok sudah diketahui memberikan kesan buruk kepada kesihatan, namun tabiat itu boleh dihentikan melalui rawatan secara holistik bagi mewujudkan kualiti hidup yang lebih sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Klinikal Solace Asia, Dr. Prem Kumar Shanmugam berkata, rawatan untuk mengurangkan tabiat merokok boleh dibuat melalui kaedah biologi, psikologi dan sosial.
“Rawatan daripada segi biologi ialah dengan memberikan mereka (perokok) ubat-ubatan bersesuaian, di samping menilai kesan pembuangan, diet dan simptom-simptom dihadapi.
“Dari segi psikologi, sokongan berterusan orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan dapat membantu mengatasi tabiat ini,” katanya dalam diskusi webinar AWANI LINC bertajuk “Bahaya Asap dan Pengurangan Kemudaratan Tembakau” baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, dari segi sosial pula, seseorang itu dapat memberhentikan tabiat tersebut sekiranya mempunyai persekitaran sekeliling yang bebas daripada asap rokok.
Untuk rekod, Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 hingga 2020 menunjukkan seramai 4.7 juta orang berumur 15 tahun dan ke atas adalah perokok di Malaysia.
Sementara itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menunjukkan trend perokok dewasa semasa mengalami penurunan iaitu sebanyak 21.3 peratus.
Dalam perkembangan sama, Pakar Perubatan Keluarga Hospital Beacon, Dr Raja Ahmad Shaharul berkata, kesihatan dan kualiti seseorang perokok itu akan bertambah baik apabila mereka berhenti merokok.
“Nampak jelas kesihatan mereka semakin baik, kulit bertambah sihat, pernafasan semakin lancar dan risiko mendapat sakit jantung atau kanser juga dapat dielakkan walaupun baru seminggu berhenti,” katanya.
Namun beliau menambah, risiko merokok tidak akan hilang sepenuhnya sehingga seseorang itu berhenti merokok dalam jangka masa 10 tahun.
“Selepas 10 tahun, keadaan kesihatan jantung akan kembali seperti risiko seperti mereka yang tidak menghisap rokok,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Imran Ajmain berkata, selain memotivasikan diri untuk berhenti merokok, kesedaran berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan juga perlu dipraktikkan.
“Di sekeliling saya pada sewaktu itu tidak ada kesedaran untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hanya memikirkan cara dan usaha sendiri, termasuklah saya yang tidak pernah terfikir berjumpa dengan doktor.
“Aset terbesar apabila saya dapat mengawal dan mendisiplinkan diri untuk tidak merokok walaupun berdepan dengan persekitaran atau dikelilingi perokok.
“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat di media sosial dan carian internet mengenai rawatan untuk mereka yang ingin berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan, termasuklah perkhidmatan psikologis,” katanya.
Sementara itu, Raja Ahmad Shaharul menambah, situasi paling membimbangkan adalah peningkatan pesakit kanser paru-paru dalam kalangan perokok pasif yang berpunca daripada menghidu asap rokok.
“Trend penyakit ini dalam kalangan perokok pasif semakin meningkat, namun apa yang membimbangkan adalah ramai tidak sedar asap rokok dihembus lebih berbahaya berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok aktif.
“Sebagai contoh, apabila seorang suami menghisap rokok di dalam kereta, perkara yang boleh menyebabkan kanser atau karsinogen ini boleh melekat di atas permukaan kerusi-kerusi dalam kereta.
“Jadi, kita yang tidak menghisap rokok ini mempunyai tanggungjawab untuk menasihati orang terdekat agar berhenti merokok di kawasan-kawasan yang memungkinkan asap itu dihidu,” jelasnya.
Dianggarkan hampir 85 peratus rakyat Malaysia merupakan golongan bukan perokok dan majoriti bukan perokok ini tidak berani menyuarakan hak mereka sebagai bukan perokok.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewartakan 23 tempat larangan merokok bermula Januari 2019, mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan 2018) bagi membendung peningkatan kes tidak diingini.
Ia termasuk semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, juga diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Ehsan A Marisah
Fri Jan 22 2021

Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 hingga 2020 menunjukkan seramai 4.7 juta orang berumur 15 tahun dan ke atas adalah perokok di Malaysia. - Gambar BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.

Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.

8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.

RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.