Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan ke atas sebuah sekolah di Pakistan.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah sekolah di Pakistan" kata Najib dalam catatan terbaru beliau melalui laman Twitter, semalam.


Serangan yang berlaku di sekolah bandar Peshawar
itu mengakibatkan 130 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa adalah pelajar, berdasarkan laporan pihak berkuasa.

Serangan berdarah yang berlaku di barat laut itu berakhir dengan kesemua enam militan terbunuh kata pihak polis pada Selasa.

Pegawai kanan polis Shafqat Malik mengesahkan fasa pertempuran itu telah berakhir manakala jurucakap Ketua Tentera Jeneral Asim Bajwa berkata di Twitter operasi itu telah “ditutup”.