PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa.
Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini.
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya memastikan Israel bertanggungjawab atas tindakan haram itu dan menuntut rejim berkenaan menghentikan serta-merta sebarang provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.
"Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.
"Malaysia juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan usaha untuk mendapatkan kebebasan dan merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," menurut kenyataan itu.
Pada Selasa, Itamar Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa, sehari selepas beliau mengumumkan untuk menangguhkan lawatan itu.
Palestin dan beberapa negara Arab menyifatkan lawatan berkenaan sebagai "provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini" dan "pengisytiharan perang", lapor Agensi Anadolu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa. - Foto AP
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Peniaga jual minyak masak peket kepada orang tertentu, sorok barang kawalan
Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 140kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.
#AWANIRingkas 9 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Januari 2025
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
Hezbollah melemah, parlimen Lubnan pilih presiden baharu
Parlimen Lubnan akan cuba memilih presiden baharu pada Khamis, di tengah landskap politik yang bergolak.
AWANI Ringkas: Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kepala kanak-kanak tiga tahun tersepit tiang rumah
Tindakan pantas anggota pemadam kebakaran (Damkar), berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dengan selamat.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar
Malaysia sedang mendepani perubahan demografi yang ketara, ditunjukkan oleh penurunan berterusan kadar kesuburan rakyatnya.
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.
Kepengerusian ASEAN 2025: Pelbagai agenda akan dilaksana – Dr Zaliha
Agenda berkenaan juga merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pelesenan platform media sosial di Malaysia berkuat kuasa hari ini
Langkah pelesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing.