KUALA LUMPUR: Malaysia memberi fokus kepada rancangan penjanaan tenaga dengan sasaran 31 peratus Tenaga Diperbaharui (RE) dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025, dan 40 peratus pada tahun 2035, sebagai rancangan peralihan tenaga hingga tahun 2040.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam kenyataan malam tadi berkata Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah berkongsi rancangan peralihan tenaga Malaysia dengan Menteri-menteri Tenaga ASEAN dan perwakilan lain yang mengambil bahagian dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri ASEAN Mengenai Tenaga serta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, yang berlangsung secara maya hari ini.
Dalam mesyuarat itu Shamsul Anuar berkata kapasiti terpasang bagi RE di Malaysia setakat ini adalah 7,995 megawatt (MW), dan menjelang 2035, kapasitinya diunjurkan meningkat sekali ganda sehingga 18,000 MW.
"Menteri juga menjelaskan bahawa untuk meningkatkan pengagihan RE dalam gabungan kapasiti tenaga, kerajaan akan memberi tumpuan kepada Semenanjung Malaysia, memandangkan ia meliputi 80 peratus permintaan elektrik negara.
"Daripada 31 peratus sasaran RE pada tahun 2025, 26 peratus adalah dari Semenanjung Malaysia dan dari 40 peratus sasaran pada tahun 2035, Semenanjung mewakili 32 peratus.
"Kapasiti RE di Semenanjung diunjurkan meningkat daripada 4,430 MW ketika ini kepada 10,944 MW dalam 15 tahun akan datang. Memandangkan solar memiliki potensi tertinggi, Malaysia merancang untuk memperkenalkan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), dengan jumlah kapasiti 500 MW mulai 2030 dan tahun seterusnya," menurut kenyataan itu.
Dalam mesyuarat itu, Shamsul Anuar berkata dengan sasaran RE itu, kepekatan pelepasan karbon disasar untuk dikurangkan 45 peratus pada tahun 2030, dan seterusnya 60 peratus pada tahun 2035, berbanding tahap 2005 yang merupakan selaras dengan sasaran Sumbangan Yang Ditentukan Negara (NDCs) di bawah Perjanjian Iklim Paris.
Beliau turut menegaskan bahawa rancangan peralihan tenaga Malaysia perlulah mengikut kemampuan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, mampan dan moden untuk semua.
"Sehubungan itu semasa Malaysia berusaha untuk mencapai sasaran RE yang lebih tinggi dalam gabungan kapasitinya, kementerian (KeTSA) juga mempertimbangkan kemampuan rakyat terhadap peralihan tenaga dan ketahanan sistem tenaga Malaysia," katanya.
Shamsul Anuar berkata lebih daripada 7,000 MW Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) loji janakuasa arang batu akan berakhir pada tahun 2033, dan digantikan kebanyakannya dengan gas dan RE, yang sekali gus menurunkan pelepasan karbon Malaysia.
"Walaupun Malaysia tidak akan membangun loji tenaga arang batu baharu, KeTSA tidak menolak pilihan untuk melanjutkan operasi loji itu, namun keputusan untuk lanjutannya bergantung kepada ketersediaan teknologi di masa depan dalam mengurangkan pelepasan dan juga kos penggunaan teknologi itu," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Shamsul Anuar berkata memandangkan solar memiliki potensi tertinggi di Semenanjung, kebanyakan RE Malaysia akan disumbangkan oleh solar, dan pihak kementerian akan memperkenalkan skala utiliti BESS dengan jumlah kapasiti 500 MW dari 2030-2034.
"ASEAN akan terus bekerjasama dengan pelbagai rakan dialog dan organisasi antarabangsa untuk mencapai matlamat tenaga lestari. Malaysia menghargai sokongan yang diberikan oleh Jepun untuk meningkatkan lagi dasar dan programnya, yang akan membantu mengubah sistem tenaga kita ke arah pelepasan karbon yang lebih rendah.
"Malaysia mengalu-alukan Inisiatif Peralihan Tenaga Asia (AETI) Jepun dalam memberikan sokongan dari segi kepakaran, perkongsian pengetahuan dan peningkatan kapasiti ke arah pembangunan tenaga yang lestari, berpatutan dan boleh diharapkan di masa depan untuk ASEAN," menurut kenyataan itu.
Sempena Mesyuarat Khas Menteri-menteri Tenaga ASEAN, serta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun; para menteri ASEAN bersama-sama dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, telah mengeluarkan Pernyataan Bersama mengenai "Meningkatkan Perkongsian dalam Merealisasikan Peralihan Tenaga di ASEAN ".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
ASEAN akan terus bekerjasama dengan pelbagai rakan dialog dan organisasi antarabangsa untuk mencapai matlamat tenaga lestari.
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Malaysia kongsi rancangan peralihan tenaga dengan Menteri Tenaga ASEAN
Shamsul Anuar berkata kapasiti terpasang bagi RE di Malaysia setakat ini adalah 7,995 megawatt (MW), dan menjelang 2035, kapasitinya diunjurkan meningkat sekali ganda sehingga 18,000 MW.