KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus komited memelihara hutan bagi menjaga kesihatan manusia kerana hutan adalah sumber utama air dan udara bersih selain penyerap karbon yang penting dalam usaha menangani perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, beliau berkata langkah itu selaras dengan tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 iaitu 'Hutan dan Kesihatan.'
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata sambutan Hari Kayu Sedunia pula bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kayu dalam dunia yang mampan melalui konservasi hutan serta biodiversiti demi kelestarian alam.
"Ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Kementerian Perladangan dan Komoditi khususnya melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia akan terus mengusahakan yang terbaik untuk industri kayu-kayan yang mampan di Malaysia," katanya.
Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Kayu Sedunia disambut pada 21 Mac setiap tahun.
Fadillah berkata selain itu, amalan pensijilan kayu mampan menerusi Skim Pensijilan Kayu Malaysia di bawah Majlis Pensijilan Kayu Malaysia akan terus diberi keutamaan.
"Kerajaan akan terus memelihara hutan serta komited memperkasa sektor industri kayu-kayan dalam negara dan meningkatkan nilai eksport untuk pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Fadillah berkata langkah itu selaras dengan tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 iaitu 'Hutan dan Kesihatan.'

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia komited pelihara hutan untuk jaga kesihatan manusia - Fadillah
Fadillah berkata langkah itu selaras dengan tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 iaitu 'Hutan dan Kesihatan.'