KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan berwawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kini memulakan agenda transformasi ekonomi yang dipacu oleh prinsip-prinsip kerangkuman, inovasi dan kemampanan.
"Teras kepada wawasan kita ialah BRI (Inisiatif Jalur dan Laluan), yang membuka peluang kepada kerjasama antara Malaysia dan China dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan infrastruktur, ketersambungan, kemudahan perdagangan serta pertukaran rakyat dengan rakyat.
"Dengan memanfaatkan sinergi antara ekonomi kita dan kuasa transformatif BRI, kita mampu membuka laluan baharu bagi pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat kita," katanya dalam ucaptama pada Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Fadillah berkata, di tengah-tengah hubungan dua hala Malaysia-China terdapat kerangka perdagangan dan pelaburan teguh yang menjadi asas bagi kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
Beliau berkata, pada 2023, China terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dan kekal begitu selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, menyumbang sebanyak 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
"China juga adalah sumber import terbesar Malaysia iaitu menyumbang sebanyak 21.3 peratus daripada jumlah keseluruhan import. Import dari China berjumlah RM258.63 bilion dengan import utama terdiri daripada produk E dan E (elektrikal dan elektronik), jentera, peralatan serta alat ganti selain bahan dan produk kimia," katanya.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air berkata, Malaysia komited sepenuhnya untuk mempromosi tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar sebagai komponen penting dalam agenda pembangunannya.
Beliau juga berkata, Malaysia dan China juga bersedia menerajui usaha dalam mempromosi tenaga hijau dan sumber boleh diperbaharui dengan kedua-dua negara komited untuk melabur dalam teknologi tenaga bersih seperti solar, angin dan kuasa hidroelektrik.
"Melalui jalinan kerjasama dan inisiatif perkongsian ilmu, kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi besar tenaga hijau untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kesan buruk perubahan iklim serta mewujudkan masa depan yang lebih mampan untuk planet kita.
"Dengan mengutamakan inovasi serta pembangunan mampan dalam semua sektor tenaga, Malaysia dan China bukan sahaja menyumbang kepada usaha global dlaam memerangi isu perubahan iklim malah membuka peluang baharu bagi pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
![Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706762549_TBFadillahYusof.jpg)
Fadillah berkata, Malaysia komited sepenuhnya untuk mempromosi tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar sebagai komponen penting dalam agenda pembangunannya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596936006_TBVanuGopalaMenon.jpg)
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.