Penduduk Palestin dilaporkan khuatir tentang usaha Israel untuk menukar peraturan di tempat ibadah itu termasuk usaha memisahkan bahagian dan ruang masjid antara umat Islam dan penduduk Yahudi.
Menurut Najib, perkara itu dibangkitkan dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal.
"Dalam panggilan telefon itu, saya menegaskan bahawa Malaysia akan tetap berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi dan menentang pencerobohan serta kekejaman rejim Zionis.
"Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah SWT," kata perdana menteri dalam catatan di akaun Facebooknya.
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa serta cubaan mereka untuk...
Posted by //www.facebook.com/najibrazak">Najib Razak on Monday, September 21, 2015
Menurut laporan media antarabangsa, kekerasan anggota keselamatan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa yang bermula Ahad lepas menjurus kepada ramai yang cedera dan ditangkap.