LANGKAWI: Malaysia berikrar untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan berjumlah AS$400,000 kepada dana berkaitan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata daripada jumlah itu, AS$150,000 diperuntukkan untuk Program Kerjasama Teknikal Bersepadu IMO, Dana Amanah Berbilang Penderma IMO untuk Gas Rumah Hijau (GHG) (AS$25,000), Dana Amanah IMO untuk memudahkan penyertaan negara membangun (AS$25,000) dan geran biasiswa pelajar ke Universiti Maritim Dunia dan Institut Undang-Undang Maritim (IMLI) (AS$200,00).
Beliau berkata Malaysia juga telah mengumumkan pencalonannya untuk pemilihan semula ke Majlis IMO (Kategori C) bagi tempoh dua tahun 2024-2025 pada Mac 2023.
Loke berkata Malaysia juga berminat untuk meneruskan penglibatannya secara proaktif dan positif dalam IMO, terutamanya melalui keahliannya dalam majlis itu.
"Malaysia secara aktif akan terus menggalakkan lagi kerjasama maritim, meningkatkan hubungan kerja dengan Negara Anggota lain, menawarkan program pembinaan kapasiti dan menggalakkan ratifikasi dan pelaksanaan instrumen berkaitan IMO," katanya.
Loke berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Majlis Resepsi Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di sini, pada malam Rabu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Loke berkata Malaysia akan menganjurkan Kursus Latihan Sub Serantau untuk Juruaudit di bawah Skim Audit Negara Anggota IMO (IMSAS) dengan kerjasama IMO, bulan hadapan.
Beliau berkata kursus itu antara lain bertujuan membantu negara dalam membina kapasiti manusia dan institusi mereka, untuk pematuhan seragam dan berkesan terhadap rangka kerja kawal selia IMO.
"Ia bertujuan untuk menyediakan maklumat dan peralatan yang diperlukan untuk Rejim Audit IMSAS. Ia akan menyumbang secara signifikan untuk meningkatkan kapasiti dalaman dan ketersediaan untuk Juruaudit IMSAS.
"Lapan negara iaitu Kemboja, Filipina, Brunei, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Fiji dan Papua akan turut serta dalam acara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Loke berkata Malaysia telah mengumumkan pencalonannya untuk pemilihan semula ke Majlis IMO (Kategori C) bagi tempoh dua tahun 2024-2025 pada Mac 2023. - Foto fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mahu bergembira? Di Nigeria ada 'Menteri Kegembiraan'
Perkara itu diumumkan governornya, Rochas Okorocha, ketika upacara angkat sumpah 26 pesuruhjaya lain.