BEIJING: Malaysia akan bekerjasama dengan pakar sejarah dari China untuk mengumpul dan mendapatkan lebih banyak bahan sejarah mengenai Kedah Tua secara khususnya dan negara secara amnya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata sejarah mengenai Melayu lama telah dicatatkan dengan banyak oleh seorang tokoh China Bujannga Yi-Jing, yang pernah menjejakkan kakinya di Lembah Bujang pada abad ke-7.
Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada banyak bahan sejarah Tanah Melayu, yang perlu dikaji dan dipelajari daripada sumber di China.
"Objektif kami ialah untuk mengesan rekod, menjalankan kajian dan menghasilkan semula bahan sejarah berkaitan dengan sejarah Malaysia, khususnya daripada perspektif sumber cendiakawan China.
"Bagi Kementerian Perpaduan Negara, kami komited untuk menyokong semua inisiatif berkaitan pengesanan dan penyelidikan bahan arkib tentang sejarah Malaysia di luar negara, termasuk di Republik Rakyat China," katanya semasa pertemuan dengan ahli sejarah China di Pusat Kebudayaan China di sini semalam.
Aaron berkata kerjasama itu akan turut melibatkan Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan juga Muzium Negara.
Sementara itu, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia Datuk Goh Hin San berkata beberapa fakta sejarah yang tidak lengkap, boleh diselesaikan menerusi pertukaran dan bantuan pakar.
"Dalam buku teks mata pelajaran sejarah sekolah kita, ada mengenai lawatan Yi-Jing ke Kedah, namun disebabkan kekurangan sumber, ia hanya dicatatkan menerusi beberapa ayat sahaja (dalam buku teks).
"Bahan sejarah yang dicatatkan Yi-Jing pada lawatan keduanya ke Kedah Tua masih belum dikumpulkan dan dikeluarkan. Ini satu tugas besar dan memerlukan perhatian dan sokongan kerajaan," katanya.
Goh berkata usaha sama antara pakar sejarah dari China dan organisasi dari Malaysia itu, akan mencipta sejarah kerana ia membentuk nilai teras asas untuk perpaduan semua kumpulan etnik.
Beliau juga mencadangkan pihak yang berkaitan untuk menganjurkan seminar pertukaran bahan dan menterjemah bahan sejarah ke dalam bahasa Melayu dan Inggeris, bagi mempromosikannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
![Malaysia jalin kerjasama dengan pakar sejarah China berkaitan Kedah Tua Malaysia jalin kerjasama dengan pakar sejarah China berkaitan Kedah Tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693836843_AaronAgoDagangMe.jpg)
Pengerusi Kumpulan Penerbitan Beijing Zhang Aijun menyerahkan cenderahati kepada Aaron pada sesi lawatan ke Muzium Sejarah Sosial sempena pertemuan dengan pakar sejarah Yi Jing di Beijing, 4 Sept 2023. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Malaysia jalin kerjasama dengan pakar sejarah China berkaitan Kedah Tua Malaysia jalin kerjasama dengan pakar sejarah China berkaitan Kedah Tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693836843_AaronAgoDagangMe.jpg)
Malaysia jalin kerjasama dengan pakar sejarah China berkaitan Kedah Tua
Tokoh China Bujannga Yi-Jing, yang pernah menjejakkan kaki di Lembah Bujang pada abad ke-7, banyak mencatat sejarah mengenai Melayu lama.