PUTRAJAYA: Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Indonesia bagi membincangkan hasrat republik itu untuk mempunyai penanda aras harga minyak sawit mentah (MSM) sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu dibincang bersama kerana rancangan Indonesia itu akan memberi kesan keseluruhan rantaian industri perladangan sawit bukan sahaja kepada Malaysia, malah di peringkat dunia.
Fadillah berkata, pertemuan Malaysia dan Indonesia dicadangkan berlangsung pada minggu kedua Februari bagi membincangkan perkara tersebut agar memberi manfaat kepada semua pihak.
"Perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan penetapan harga dilaksanakan untuk kebaikan sektor perladangan di kedua-dua negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi, di sini, hari ini.
Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan sebelum ini dilaporkan berkata, jika boleh, negara itu mempunyai harga penanda aras minyak sawit sebelum Jun dan tidak perlu lagi bergantung kepada Kuala Lumpur.
Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia ketika ini dengan hampir 50 juta tan MSM setahun.
Pada 12 Januari lepas, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, harga MSM pada 2023 dijangka antara RM4,000 dan RM4,200 satu tan metrik berbanding RM5,087.50 satu tan pada tahun lepas.
Fadillah berkata, turut akan dibincangkan dalam pertemuan Malaysia dan Indonesia itu nanti ialah mengenai isu sekatan dan halangan perdagangan terhadap produk sawit oleh Kesatuan Eropah.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, sektor agrokomoditi negara mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM268.2 bilion pada tahun lepas manakala imbangan dagangan pula berjumlah RM146.5 bilion.
"Pendapatan eksport produk agrokomoditi pula sebanyak RM207.3 bilion atau 13.4 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara," katanya.
Beliau yakin prestasi perdagangan akan kekal positif bagi tahun ini walaupun terdapat sedikit penurunan sebanyak 1.1 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Dari segi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh Januari hingga September tahun lepas, sektor agrokomoditi telah menyumbang sebanyak RM61.3 bilion iaitu sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan KDNK nasional, katanya.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, seramai 63,000 tenaga kerja asing masih diperlukan dalam sektor agrokomoditi bagi sektor sawit.
Menurutnya, kekurangan pekerja dalam sektor tersebut telah menyebabkan produktiviti hasil sawit terjejas teruk dan negara mengalami kehilangan hasil pendapatan dianggarkan RM20 bilion pada tahun lepas.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) beramah mesra bersama warga kerjanya pada majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) hari ini. - Gambar BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.

Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.