Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan akan berusaha untuk memastikan bahawa Malaysia akan mengikut standard antarabangsa dalam mengawal selia internet terutamanya dalam menegakkan kebebasan bersuara.
Beliau berkata, dalam hal ini semakan undang-undang yang berkaitan termasuk kajian berhubung apa yang boleh dianggap sebagai 'perkara biasa' di negara-negara maju yang menegakkan kebebasan bersuara.
"Bagaimanapun, di negara barat yang 'bebas' dan 'liberal' sekalipun terdapat batasan bagi apa yang anda boleh suarakan dan disiarkan. Dan inilah yang rakyat Malaysia perlu faham, " katanya melalui catatan terbarunya dalam blog beliau hari ini.
Sambil menyelar tindakan pembangkang yang terus sahaja membuat kesimpulan dan menuduh kerajaan cuba menyekat kebebasan bersuara, Salleh memberi contoh-contoh mengenai apa yang sedang dikaji dan dipertimbangkan kerajaan dalam menyemak undang-undang itu.
"Sebagai contoh Seksyen 1 dalam United Kingdom's Malicious Communications Act 1988, ia menjadi satu kesalahan untuk menghantar sebarang artikel berbentuk sumbang atau terlalu menyakitkan hati kepada orang lain dengan niat untuk menimbulkan kesedihan atau kebimbangan.
"Seksyen 127 Akta Komunikasi United Kingdom 2003 menjadikannya suatu kesalahan untuk menghantar mesej yang terlalu menyakitkan hati atau yang tidak senonoh, lucah atau bersifat mengancam melalui rangkaian komunikasi elektronik awam," katanya.
Salleh berkata untuk mencapai keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlakuan jenayah, Pengarah Pendakwaan Awam mengeluarkan garis panduan, yang menjelaskan semasa bila menghantar mesej sosial layak untuk pendakwaan jenayah di bawah undang-undang UK.
"Kemudian kita mempunyai undang-undang fitnah Inggeris yang telah dikuatkuasakan. Undang-undang fitnah UK terpakai bagi penerbitan Internet.
"Bagaimanapun, had masa satu tahun selepas penerbitan saman fitnah tidak terpakai bagi penerbitan Internet kerana setiap insiden berlaku yang diakses di Internet ditakrifkan sebagai sebuah penerbitan baharu.
"Hasilnya, banyak akhbar dan jurnal tidak menyiarkan bahan yang kontroversi dalam arkib online mereka kerana khuatir terhadap potensi saman fitnah. Kemudian kita mempunyai isu-isu menghina mahkamah untuk diambil kira," katanya.
Malah di UK terdapat batasan dalam kebebasan bersuara, kerana kebebasan bersuara tidak termasuk kekangan sebelumnya, sekatan ke atas laporan mahkamah termasuk nama-nama mangsa dan bukti dan prasangka atau mengganggu prosiding mahkamah, larangan temu bual dengan juri selepas perbicaraan dan menghina mahkamah dengan mengkritik atau mencerca hakim.
"Penggunaan media sosial untuk mengulas mengenai kes undang-undang boleh menjadi satu penghinaan kepada mahkamah, membawa kepada pengguna media sosial dihukum denda atau dipenjara dan terdapat beberapa contoh pengguna media sosial yang didakwa kerana menghina mahkamah," katanya.
Salleh juga menasihatkan pembangkang agar belajar untuk "tunggu dan lihat apa yang berlaku terlebih dahulu sebelum melontarkan tuduhan terhadap kerajaan".
Bernama
Sat Aug 08 2015
SALLEH: Di negara barat yang 'bebas' dan 'liberal' sekalipun terdapat batasan bagi apa yang boleh disuarakan dan disiarkan.
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal Internet berdepan tindakan - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti.
Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.