Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar bantuan ketenteraan ke Baitulmaqdis bukan bertujuan untuk keganasan sebaliknya bagi memastikan keamanan serta kestabilan rantau itu agar tidak terus bergolak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu juga adalah untuk memastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, sebarang tindakan lanjut oleh tentera Malaysia juga akan dilaksanakan berdasarkan maklumat terkini yang sahih agar tidak tersilap langkah.
“Maklumat tersebut akan kita kumpul dan bila perlu, kita akan lakukan, tetapi (buat masa ini) jangan kita sensasikan sesuatu sehingga kita berada di dalam satu keadaan yang tidak dapat dikawal.
“Musuh-musuh Islam, mahukan kita berpecah, berperang dan berkelahi sesama kita dan ini bukan cara kita, bukan cara ATM,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancacaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Zainal.
Hishamuddin berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang dihormati ramai kerana sentiasa mengamalkan nilai dan prinsip kesejagatan dan universal selain mempraktikkan konsep wasatiyah Islamik.
“ Pendirian kita yang jelas, pendirian kita (Malaysia) tidak berbelah bahagi sekiranya kita tahu ianya menyentuh agama kita.
“ATM mempunyai banyak pendekatan jihad ke arah itu namun, kita perlu mempunyai maklumat terkini supaya tidak tersilap langkah,” katanya.
Tambah Hishamuddin, perkembangan isu Palestin perlu dipantau secara dekat berikutan Malaysia mempunyai anggota tentera misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ujarnya, selain Palestin, ATM turut memantau keadaan di beberapa negara Asia Barat seperti Syria, Iraq, Qatar, Yamen dan Lubnan.
BACA: Orang gila sahaja akan terima AS sebagai pengantara" - Mahmoud Abbas
Nazialita Geynna Maharan
Tue Dec 19 2017
Hishammuddin berkata langkah itu juga adalah untuk memastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong pihak yang tidak bertanggungjawab. -Gambar fail
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.