KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus mengambil pendekatan diplomatik dalam urusannya dengan negara-negara lain, termasuk China.
Kementerian Luar Negeri menegaskan pendekatan tersebut digunakan antaranya dalam usaha untuk memastikan Laut China Selatan kekal sebagai laut yang aman, stabil, dan selamat untuk laluan perdagangan.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra menjelaskan pendekatan tersebut adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).
Peruntukan dalam deklarasi tersebut antaranya menyebut penyelesaian konflik dengan aman dan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan, seperti yang dipersetujui oleh Negara-Negara Anggota ASEAN dan China pada 2002.
"Pendekatan rundingan juga sedang diambil Negara-Negara Anggota ASEAN dan China untuk memuktamadkan sebuah Kod Tatalaku di Laut China Selatan.
"Negara-Negara Anggota ASEAN dan China komited terhadap proses ini bagi menghasilkan sebuah Kod Tatalaku berdasarkan undang-undang antarabangsa, termasuk KUUL 1982," katanya kenyataan tersebut.
Sementara itu mengulaskan terma rundingan ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen pada 4 April lalu, Wisma Putra menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermaksud sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu dibincangkan atau diselesaikan secara aman.
Rundingan yang dimaksudkan Perdana Menteri itu kata Wisma Putra perlu menggunakan platform sedia ada dan juga melalui saluran diplomatik tanpa menjejaskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.
Wisma Putra juga menegaskan pendirian Malaysia berkenaan Laut China Selatan adalah konsisten dan kekal tidak berubah.
"Kerajaan Malaysia tegas dan komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia di dalam kawasan maritimnya di Laut China Selatan, seperti yang terkandung dalam Peta Baru Malaysia 1979.
"Malaysia berpendirian teguh bahawa isu-isu berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif, berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (KUUL 1982)," katanya.
Astro Awani
Sat Apr 08 2023
![Malaysia guna pendekatan diplomatik pastikan Laut China Selatan kekal aman - Wisma Putra Malaysia guna pendekatan diplomatik pastikan Laut China Selatan kekal aman - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633274759_LautChinaSelatan.jpg)
Wisma Putra juga menegaskan pendirian Malaysia berkenaan Laut China Selatan adalah konsisten dan kekal tidak berubah. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723464770_WismaPutra.jpg)
Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu kota antara lain menyatakan komitmen untuk terus meneroka bidang kerjasama baharu.
![Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723349664_proPalestinedemons.jpg)
Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar
Secara prinsip Malaysia sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.
![Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723349441_Palestinians.jpg)
Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel
Rejim Israel sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencapai perdamaian.
![Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722980537_MohamadHassan.jpg)
Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan
Kedua-dua pihak juga menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
![Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722825037_IsraelLebanonWar.jpg)
Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra
KLN beri amaran rakyat Malaysia harus mengambil langkah-langkah yang berjaga untuk mengelak sebarang kemudaratan.
![Siasat segera insiden pembunuhan Ismail Haniyeh - Wisma Putra Siasat segera insiden pembunuhan Ismail Haniyeh - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722413306_IsmailHaniyeh.jpg)
Siasat segera insiden pembunuhan Ismail Haniyeh - Wisma Putra
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu dan mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga, barisan kepimpinan dan rakyat Palestin.
![Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara
Wisma Putra menegaskan pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.
![Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan tentang penularan video itu.
![KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722164210_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
![Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721724235_tbArrivalAirport.jpg)
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.