Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Filipina masih dalam peringkat rundingan bagi memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah rangka kerja Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA).
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata perkara yang masih perlu dirunding ketiga-tiga negara mencakupi, antara lain, hal berkaitan pendakwaan sekiranya berlaku penangkapan kumpulan pengganas, SOP berkenaan rondaan dan sebagainya.
TCA adalah rangka kerja yang dikongsi ketiga-tiga negara itu dalam menyatakan komitmen dan kerjasama berhubung isu-isu seperti maritim, keselamatan dan persempadanan di Laut Sulu.
"Ada beberapa perkara yang memerlukan rundingan...setakat ini belum ada jawapan mengenai bagaimana pendakwaan dilakukan kerana belum pernah lagi mereka (kumpulan penculik) kena tangkap (di bawah operasi TCA ini). Setakat ini belum ada pendakwaan sama ada di kawasan kita atau Filipina atau Indonesia," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ng Chiang Chin pada persidangan Dewan Negara hari ini yang antara lain menyentuh bagaimana proses pendakwaan akan dilakukan sekiranya berlaku penculikan atau jenayah di kawasan rondaan TCA.
Dalam pada itu, Mohd Johari berkata di bawah rangka kerja TCA yang telah dipersetujui, pelaksanaan operasi mengejar merentasi sempadan (hot pursuit) oleh tentera dan agensi keselamatan ketiga-tiga negara adalah dibenarkan.
"...ini bagi meneruskan pemburuan ke atas kumpulan penculik bersenjata sehingga melangkau sempadan negara masing-masing selagi mana ia berada di dalam kawasan maritim yang telah dikenal pasti termasuk di laluan koridor transit," kata timbalan menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
JOHARI: Ada beberapa perkara yang memerlukan rundingan.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.