KUALA LUMPUR: Malaysia tahun ini diramal tidak akan dilanda jerebu merentas sempadan yang teruk berbanding tahun sebelumnya susulan keadaan semasa cuaca, termasuk cuaca di negara jiran yang masih lembap.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata keadaan berkenaan disumbangkan oleh fenomena La Nina yang berlaku, sekali gus menghalang kepada aktiviti pembakaran terbuka.
"Apa yang berlaku di negara jiran nampaknya masih belum 'kering'. Jadi kita tidak jangka keadaan jerebu yang sangat serius. Bagaimanapun kita belum tahu lagi dalam masa tiga bulan akan datang kerana keadaan kering itu masih boleh berlaku di negara jiran," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada program sembang santai: Situasi cuaca semasa - Kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 yang diadakan secara maya.
Sesi berkenaan turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Aminordin Wan Kamaruddin, dan Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun manakala sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN), pada Oktober.
Jailan berkata negara telah mengalami peralihan monsun Timur Laut kepada Barat Daya sejak 19 Mei lepas dan keadaan itu menurutnya masih belum stabil dan menyebabkan keadaan hujan yang tidak menentu.
"Bagaimanapun tahun ini agak sedikit luar biasa kerana tahun ini adalah tahun La Nina kita agak lembap, berbanding tahun sebelum ini, dan kesan La Nina tahun ini tidaklah kuat atau ketara, dan kita akan dapat lebih banyak hujan berbanding musim monsun Barat Daya sebelum ini.
"Apabila dah stabil Insya-Allah keadaan ribut petir di pantai barat ini akan berkurangan dan kemungkinan ia akan berlaku lebih di kawasan pedalaman serta kawasan pantai timur. Ini adalah 'patern' yang biasa, cuma di peringkat awal ini nampak pelik sedikit kerana angin itu belum stabil," katanya.
Sementara itu, Haliza berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 menyaksikan keadaan alam sekitar di negara ini semakin bertambah baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021

Malaysia tahun ini diramal tidak akan dilanda jerebu merentas sempadan yang teruk berbanding tahun sebelumnya susulan keadaan semasa cuaca, termasuk cuaca di negara jiran yang masih lembap. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.