KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipilih sebagai negara hos bagi penganjuran program sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 di peringkat global bertemakan Tourism and Sustainable Transformation.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan, pencalonan tersebut telah diluluskan semasa Perhimpunan Agung ke-25 Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa Bersatu (UNWTO) pada 19 Oktober 2023 di Samarkand, Uzbekistan.
"Penganjuran program sambutan WTD 2025 dicadang diadakan bersempena dengan penganjuran edisi ketujuh World Tourism Conference (WTC) 2025, iaitu persidangan bertaraf antarabangsa anjuran bersama oleh Malaysia dan UNWTO setiap tiga tahun sekali," ujar kenyataan itu.
Selain itu, menurut Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing, negeri Melaka sebagai salah satu negeri yang menyimpan sejarah pembangunan ekonomi dan perdagangan yang baik telah diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa itu.
"Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran WTD dan WTC 2025 merupakan tanda pengiktirafan terhadap komitmen dan kepimpinan pihak kerajaan negeri yang sentiasa menerajui pembangunan sektor pelancongan sehingga berjaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di persada dunia.
"Melaka merupakan salah sebuah bandar yang bersejarah di Malaysia. Inilah juga yang menjadi faktor utama Melaka berjaya terpilih sebagai bandar bagi penganjuran World Tourism Day 2025 oleh pihak World Tourism Organization.
"Ramai lagi pedagang, pengembara dan masyarakat seluruh dunia yang menjejakkan kaki di Melaka ini dan sebab itulah kita dapat lihat negeri ini begitu banyak peninggalan sejarah yang amat bernilai tinggi.Baik dari segi makanan yang beraneka jenis; bangunan-bangunan dan rumah-rumah ibadat bersejarah; warisan-warisan unik serta kepelbagaian agama, budaya ada di Melaka ini. Boleh kata, Melaka ini mencerminkan Malaysia yang sebenar,"
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat permulaan bagi penganjuran WTD dan WTC 2025 bersama dengan Kerajaan Negeri Melaka.
Selain itu, katanya penganjuran acara ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan kerajaan ke arah melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Dalam tempoh 2024 hingga 2026, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada lebih 156 acara perniagaan dan persidangan antarabangsa dengan kesan pengganda (multiplier effect) yang tinggi dan dijangka menjana impak ekonomi bernilai RM2.3 bilion," katanya lagi.
Fahmi Izuddin
Mon Dec 04 2023

Penganjuran acara ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan kerajaan ke arah melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. - Foto fail/AP
Warga emas sayu persiapan raya hanyut dibawa arus banjir
Wakil Astro AWANI Johor sempat menemubual pasangan warga emas yang terkesan banjir hingga persiapan Aidilfitri dihanyutkan arus banjir.
Situasi tiga negeri semakin baik
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang apabila jumlah keseluruhan mangsa di pps berkurangan.
[TERKINI] Op Selamat 24 bermula 29 Mac Sehingga 3 April 2025
6,957 pegawai dan anggota trafik bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April 2025.
AWANI Borneo [23/3/2025] – Banjir | Bernilai RM740,500 | Pembangunan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan.
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Tindakan dan langkah segera selesaikan masalah banjir
Ikuti temubual bersama Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, membincangkan tentang tindakan dan langkah segera penyelesaian masalah banjir.
Jambatan Jepak-Bintulu dibuka, tingkat ekonomi rakyat setempat
Selepas enam tahun dibina, jambatan ikonik Jepak-Bintulu dibuka kepada orang ramai sekaligus menjadi meru tanda pembangunan penduduk setempat.
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara
Sabah dan Sarawak antara 12 negeri diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada Ahad.
Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Briged Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam sejuk beku tanpa dokumen sah dalam operasi di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh.
Pangkalan TLDM akan dibina ke Muara Tebas
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini dirancang di Samalaju, Bintulu akan dipindahkan di satu tapak baharu di Bandaraya Kuching.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.

Netumbo Nandi-Ndaitwah angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Namibia
Netumbo Nandi-Ndaitwah mengangkat sumpah pada Jumaat sebagai presiden wanita pertama Namibia selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, lapor Xinhua.

Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026
Semua pihak terutama penggiat industri pelancongan diseru bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial.

Thailand hasrat anjur perlumbaan F1 tingkatkan ekonomi, pelancongan
Paetongtarn Shinawatra menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi membuat persiapan.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.