Rakyat Malaysia perlu meneruskan usaha untuk menghapuskan senjata nuklear, kata pengasas bersama Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (Ican), Dr Ronald McCoy.
"Jumlah senjata nuklear telah berkurangan daripada 68,000 pada 1985 kepada kira-kira 15,000 hari ini. Penggunaan satu senjata nuklear boleh membunuh ratusan ribu orang, satu senjata nuklear memberi kesan yang banyak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menjadi tetamu kehormat pada majlis Persatuan Kepimpinan Komanwel Malaysia (CALM) di Sabah baru-baru ini, menurut organisasi itu dalam satu kenyataan.
Pengerusi CALM, Hanaa Wong Abdullah berkata penglibatan tokoh seperti Dr McCoy pada acara hujung minggu itu mencerminkan semakin pentingnya Komanwel untuk masa depan Malaysia.
"Organisasi ini komited untuk membantu membangunkan pemimpin di peringkat kerajaan, industri dan badan bukan kerajaan untuk menangani cabaran yang penting dan pelbagai yang kita hadapi," katanya.
Organisasi yang ditubuhkan pada Oktober lepas, bekerja rapat dengan Duke of Edinburgh Commonwealth Study Conferences (CSC).
Organisasi itu merancang untuk mengadakan acara kepemimpinan seterusnya di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 02 2019
Penggunaan satu senjata nuklear boleh membunuh ratusan ribu orang, satu senjata nuklear memberi kesan yang banyak. - Gambar hiasan/Pixabay
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Malaysia digesa teruskan usaha hapuskan senjata nuklear
Jumlah senjata nuklear telah berkurangan daripada 68,000 pada 1985 kepada kira-kira 15,000 hari ini.