KUALA LUMPUR : Malaysia dipilih sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pemandu kepada Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (Asia Pacific Computer Emergency Response Team - APCERT).
Pemilihan negara menerusi CyberSecurity Malaysia ini dilakukan di mesyuarat agung tahunan APCERT yang diadakan secara dalam talian pada 29 September 2021.
"Dengan pelantikan ini, Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Jawatankuasa Pemandu APCERT yang turut dianggotai oleh pasukan tindak balas kecemasan komputer dari negara-negara seperti Republik Rakyat China, Jepun, Australia, Republik Korea, Sri Lanka, dan Taiwan," kata CyberSecurity Malaysia menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya lagi, penganjuran mesyuarat tahunan APCERT dapat terus mempromosikan visi mewujudkan ruang siber yang lebih selamat, bersih dan lebih dipercayai di rantau Asia Pasifik melalui kerjasama global.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa, kerjasama global APCERT ini adalah penting dalam menangani ancaman dan serangan siber yang dapat mengancam keselamatan masyarakat sejagat.
"Penglibatan Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia di arena antarabangsa amat signifikan kerana ini menunjukkan kesungguhan negara dalam membina keupayaan dan kecekapan untuk mengukuh dan memperkasakan ekosistem keselamatan siber sekali gus mewujudkan ruang digital yang dipercayai dan kondusif melalui perkongsian maklumat, pengalaman dan juga kepakaran," kata beliau.
Tambahnya lagi, platform kerjasama seperti ini pastinya akan menghasilkan penciptaan nilai ekonomi digital serta menjadi hab rujukan bagi memupuk kepercayaan, jalinan persefahaman jangka panjang dan kolaborasi perniagaan antara negara.
Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara) yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan APCERT tersebut berkata Malaysia sebagai Pengerusi APCERT amat komited dan akan meneraju kolaborasi dalam menyampaikan perkhidmatan yang dipercayai khususnya dalam menangani serangan siber berskala besar serta mengurangkan impak berkaitan selain memberi tindak balas segera dalam menghadapi insiden siber.
Nickyson Nyambar
Fri Oct 01 2021

Selain jalinan kerjasama jangka panjang, APCERT juga mampu memupuk nilai untuk mewujudkan ruang siber yang selamat dan lebih dipercayai di rantau Asia Pasifik. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia diberi kepercayaan terajui APCERT - CyberSecurity Malaysia
Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menerajui APCERT yang merupakan platform negara di rantau ini menangani ancaman dan serangan siber.

Malaysia dipilih semula sebagai Pengerusi APCERT bagi 2020-2021
Sebagai Pengerusi, CyberSecurity Malaysia menggalakkan lebih banyak penglibatan anggota untuk bergerak ke hadapan.