Semakin ramai pelancong dari Uzbekistan meletakkan Malaysia sebagai satu daripada destinasi kegemaran mereka berikutan kemudahan mesra pelancong yang disediakan selain daripada masakan yang unik, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) Zulkifly Md Said.
Beliau berkata rakyat Uzbekistan juga mendapati Malaysia sebuah destinasi mesra orang Islam yang mengamalkan kesederhanaan, dan ini telah memberikan satu kelebihan besar kepada Malaysia kerana majoriti rakyat Uzbekistan adalah orang Islam.
"Mereka rasa selamat dan terjamin dan mereka bebas menikmati percutian mereka dan melawat seluruh negara," kata Zulkifly kepada Bernama pada satu majlis jerayawara pelancongan Uzbekistan yang diadakan di sini baru-baru ini.
Jerayawara anjuran kedutaan Uzbekistan di sini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai Uzbekistan. Ejen pelancongan dari Uzbekistan mengambil bahagian bagi menawarkan pakej penerbangan dan penginapan dan pada masa sama menjalin kerjasama dengan ejen pelancongan tempatan.
Bercakap semasa jerayawara itu, Zulkifly berkata ITC, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mengalu-alukan sebarang usaha kerjasama dengan kerajaan Uzbekistan dalam menggalakkan pelancongan antara kedua-dua buah negara.
Sementara itu, Duta Uzbekistan di Malaysia, Shukor Sabitov, berkata hubungan erat antara kedua-dua buah negara dapat dilihat daripada peningkatan jumlah rakyat Uzbekistan melawat Malaysia dan rakyat Malaysia yang melawat Uzbekistan, menunjukkan bahawa lebih daripada 2,000 rakyat Malaysia melawat Uzbekistan tahun lepas manakala 11,000 rakyat Uzbekistan melawat Malaysia.
"Ini menunjukkan bahawa walaupun industri pelancongan di negara kita yang agak muda, ia kini menjadi satu perniagaan yang berkembang pesat disokong oleh hubungan dua hala dan hubungan diplomatik yang masuk tahun ke-22 dengan Malaysia," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jerayawara itu merupakan satu platform terbaik bagi memperkenalkan potensi pelancongan Uzbekistan, yang menjadi tempat kepada 4,000 monumen dan tapak seni bina bersejarah, dengan banyak daripadanya dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO dan di bawah perlindungan masyarakat dunia.
Shukor berkata pada tahun 2013, pelancong Uzbekistan meningkat 16 peratus dan lebih daripada dua juta pelancong antarabangsa melawat negara itu.
Sementara itu, pengurus besar Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang baharu, Stephan Sieberg, berkata pelbagai tarikan pelancong di Malaysia seperti pantai, pulau-pulau dan bandar-bandar berdaya maju merupakan satu kelebihan bagi Malaysia.
"Adalah sesuatu yang baik bahawa Malaysia mempunyai banyak kepelbagaian dalam negara yang terdiri daripada pantai, pulau dan bandar-bandar yang berdaya maju," katanya ketika diminta mengulas mengenai kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
"Ada kepelbagaian yang hebat dalam TMM ini. Saya yakin sepenuhnya bahawa kempen TMM akan menarik banyak perhatian," katanya pada sesi minum petang dengan wartawan baru-baru ini.
Beliau berkata satu lagi kelebihan bagi Malaysia adalah "pertumbuhan yang sihat" dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan unjuran pertumbuhan ekonomi antara 5.0 kepada 5.5 peratus tahun ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai "ekonomi yang sihat".
Bagaimanapun, beliau merasakan bahawa untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia semasa kempen, perlu ada usaha sama bagi mewujudkan permintaan dan jangkaan.
Beliau berkata semua bandar di Malaysia dan bukan setakat Kuala Lumpur sahaja perlu melakukan usaha ini untuk menjadikan kempen itu satu kejayaan.
Untuk mewujudkan kesedaran mengenai apa yang boleh ditawarkan Malaysia kepada pelancong, banyak usaha dan penyelidikan perlu dilakukan mengenai "apa yang anda mahu persembahkan kepada dunia", katanya.
Bernama
Sun Feb 23 2014


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ITC perkasa konsep pelancongan mesra Muslim, didampingi pemain industri antarabangsa
Ia seiring dengan keterbukaan pelancong terhadap konsep mesra Muslim termasuk dari negara bukan Islam seperti Korea, China, Jepun dan Eropah.

Sekarang masanya Malaysia rebut RM1 trilion pasaran pelancongan Islam – KP ITC
Sektor pelancongan Islam diunjurkan akan berkembang mencecah nilai RM1 trilion menjelang tahun 2028.

Apple Watch akan dikemas kini bagi membolehkan jualan di AS
Apple Watch Akan Dikemaskini Bagi Membolehkan Jualan Di Amerika

FAM elak campur tangan siasatan FIFA kes Sumareh
Stuart Ramalingam menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.

Kastam sasar bayaran balik cukai input GST capai 85 peratus
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.

Malaysia, destinasi utama bagi Uzbekistan
Rakyat Uzbekistan merasa selamat, terjamin dan mereka bebas menikmati percutian mereka serta melawat seluruh negara.