KUALA LUMPUR: Malaysia kini menjadi negara pilihan pengembara antarabangsa dari Indonesia, menurut Traveloka Malaysia.
Aplikasi super perjalanan itu mendedahkan bahawa 79 peratus perjalanan antarabangsa ke Malaysia ditempah menerusi platform itu sejak 22 Mac, 2022 oleh pengguna dari Indonesia -- susulan pengumuman pembukaan semula sempadan Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, aplikasi super itu berkata ia mencatatkan peningkatan sebanyak 38 peratus secara keseluruhan dalam tempahan hotel dan penerbangan oleh pengembara antarabangsa ke Malaysia.
"Populariti Malaysia dalam kalangan pengembara serantau boleh dikaitkan dengan gabungan eklektik kemodenan dan budaya, tradisi dan alam semula jadi kita," kata pengurus negara Traveloka Malaysia Angelica Chan.
Menyedari peningkatan dalam tempahan antarabangsa, beliau berkata pelancong kebanyakannya menempah hotel di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
"Kami memerhatikan terdapat peningkatan trend pengembara yang menempah penginapan mereka melalui aplikasi super pengembaraan kami, yang juga akan meneruskan untuk menempah sekurang-kurangnya satu produk dan perkhidmatan tambahan daripada rakan kongsi kami, seperti sewa kereta, tiket tarikan pelancongan atau pakej spa," katanya dan menambah bahawa ini lebih ketara dalam kalangan pelancong yang tinggal di Malaysia selama sebulan atau lebih.
Meskipun ia optimistik tentang peluang daripada permintaan perjalanan yang terpendam, beliau menyatakan bahawa Traveloka akan sentiasa berwaspada tentang situasi semasa COVID-19 dan telah menyediakan ciri-ciri untuk penggunanya mengikuti keperluan perjalanan COVID-19 terkini serta menyediakan kemudahan penjadualan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
![Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649930186_TBMerdeka.jpg)
Populariti Malaysia dalam kalangan pengembara serantau boleh dikaitkan dengan gabungan eklektik kemodenan dan budaya, tradisi dan alam semula jadi. - Gambar/ Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649930186_TBMerdeka.jpg)
Malaysia destinasi pilihan pengembara Indonesia
Malaysia kini menjadi negara pilihan pengembara antarabangsa dari Indonesia, menurut Traveloka Malaysia.