PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir dalam usaha mengatasi masalah banjir dalam negara yang berlaku saban tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Seri Perdana di sini hari ini, Anwar berkata bantuan kepakaran dari Belanda itu diyakini dapat mengurangkan kos perbelanjaan negara yang mencecah bilion ringgit setiap tahun bagi melaksanakan pengurusan bencana banjir.
Katanya beliau telah menerangkan kepada Rutte mengenai kepentingan menambah baik pelbagai keperluan di sungai-sungai dalam negara, terutama semasa menghadapi musim banjir dewasa ini, antaranya di Johor, Selangor dan Pahang.
"Saya juga terangkan kepada beliau mengenai belanja, umpamanya mutakhir ini keseluruhan (kos pengurusan) masalah banjir mencecah RM15 bilion. Rutte beritahu dengan kepakaran dan tekonologi baru, mungkin tidak perlu kos tinggi," katanya dan menambah Perdana Menteri Belanda itu turut memberi jaminan akan menyegerakan penghantaran pasukan kepakaran dalam bidang berkenaan.
Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kerjasama itu termasuk menyegerakan proses ketibaan pasukan pakar berkenaan ke Malaysia.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia dan Belanda bersetuju memperkasakan industri semikonduktur serta bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) melibatkan kedua-dua negara.
"Beliau (Rutte) setuju, Belanda adalah antara negara mempunyai dasar khusus semikonduktur. Kita (Malaysia) ada dasar menggalakkan penyertaan swasta," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata Malaysia bersetuju melaksanakan usaha penggalian dan pemulihan kapal karam lama di perairan negara termasuk kapal-kapal milik Belanda mengikut syarat ditetapkan.
Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (US$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.
Belanda juga merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara EU dengan jumlah 732,324.54 tan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698833754_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Seri Perdana hari ini. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720274463_TBMaalHijrah.jpg)
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.
![Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian
Anwar dalam hantaran di laman Facebook berkata kemenangan itu mencerminkan semangat demokrasi rakyat Iran dan masa depan yang cerah buat negara itu.
![Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720257924_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu.
![Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720254877_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera anaknya.
![PM arah menteri, pegawai kanan kerajaan serius pantau situasi kampung PM arah menteri, pegawai kanan kerajaan serius pantau situasi kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720250940_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah menteri, pegawai kanan kerajaan serius pantau situasi kampung
Perdana Menteri mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya mengambil serius tanggunggjawab mereka memantau situasi di kampung.
![Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720226161_TBMASHUP.jpg)
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi
Persiapan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai depan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.