KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya mengambil serius tanggunggjawab mereka memantau situasi kampung di seluruh negara demi melengkapkan lagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan itu.
Turut diarahkan Anwar berbuat demikian ialah ketua-ketua setiausaha kementerian serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Beliau berkata arahan itu tidak bermaksud pihak berkenaan perlu membuat pemantauan setiap hari, tetapi cukup sama ada sebulan atau dua bulan sekali untuk memastikan pembangunan kampung tidak terpinggir kerana pembangunan tidak boleh ditumpukan pada kawasan bandar sahaja.
"(Kita) ada jentera kerajaan, betul, tetapi kadang-kadang tak sampai maklumat. Arahan kita, dalam Kampung Angkat MADANI termasuk PM (Perdana Menteri), Menteri, KSN, KSU (Ketua Setiausaha) kementerian dan semua pegawai kanan mesti pilih kampung asal atau mana-mana kampung lain untuk dijadikan kampung angkat.
"Sebab apa? Semua ada teori masing-masing, cakap tentang ekonomi, sosial, masalah kesihatan, pendidikan, bagaimana nak ukur berjaya atau tidak? Kita ukur dari peringkat bawah. Maknanya, kalau nak tahu (teori masing-masing) berjaya atau tidak, turun ke kampung, tengok masalah kesihatan, pendidikan, soal keciciran, sakit mental," kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kampung Chengal Lempong, Balok di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan turun ke kampung telah dilakukannya sejak beberapa bulan lepas dan mesyuarat turut dibuat untuk mengetahui masalah di kampungnya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.
"Saya lahir di Sungai Bakap, tapi umur lima tahun pindah ke Bukit Mertajam dan Cherok Tok Kun, saya membesar di Cherok Tok Kun, jadi saya pilih Cherok Tok Kun. Saya panggil imam, guru besar, guru-guru tengok masalah keciciran ... kenapa anak ini berhenti," kata beliau.
Menyentuh mengenai peluncuran Kampung Chengal Lempong sebagai Kampung Angkat MADANI peringkat kebangsaan serta beberapa kampung yang telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI sebelum ini, Anwar berkata ia juga merupakan satu cara kerajaan untuk menilai keberkesanan dasar yang diumumkan kerajaan.
Beliau berkata ada kalanya dasar hebat yang diumumkan kerajaan belum dapat difahami sepenuhnya oleh rakyat, namun masalah seperti itu dapat diatasi jika pemimpin dan pegawai kanan kerajaan turun ke peringkat akar umbi membuat penjelasan.
Dalam majlis itu juga, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa geran RM100,000 masing-masing kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Persatuan Penduduk Kampung Chengal Lempong.
Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada 1,000 asnaf di Parlimen Indera Mahkota dan 401 nelayan di sini.
-- BERNAMA
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 di Kampung Chengal Lempong, hari ini.- Foto Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.