PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersetuju menubuhkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memberi tumpuan kepada bidang baharu antaranya kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), komunikasi dan digital serta tenaga solar.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata institusi TVET itu akan diletakkan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pelajar tempatan mendapat pendedahan kemahiran dalam bidang baharu daripada syarikat China yang beroperasi di Malaysia.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui ketika mesyuarat dua hala bersama Naib Presiden China Han Zheng, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia bermula semalam hingga Sabtu ini.
"Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat daripada Han dan menghos majlis makan malam sempena lawatan Han ke Malaysia, di Sri Satria di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata kerjasama mewujudkan institusi itu memberi manfaat 100 peratus kepada pelajar yang dilatih kerana mereka akan diambil bekerja oleh syarikat China yang beroperasi di Malaysia.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata mesyuarat dua hala berlangsung kira-kira sejam itu, turut membincangkan perkara terkait pembangunan di kawasan luar bandar yang berjaya dipertingkat di China.
"Perkara itu harus dipelajari (oleh Malaysia) bukan sahaja soal pertanian tetapi pewujudan suatu kaedah agar migrasi dari luar bandar tidak digalakkan tetapi dibawa pembangunan ke luar bandar dengan infrastruktur, latihan untuk usahawan dan membawa pembangunan industri ke luar bandar.
"Dengan ini, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menyebabkan kuasa membeli dalam kalangan masyarakat luar bandar dipertingkat," katanya.
Ahmad Zahid berkata Malaysia dan China juga bersetuju agar program pembangunan halal dirancakkan memandangkan terdapat 14 industri zon halal di seluruh negara.
"Malaysia menawarkan kepada pelabur China membuka kilang di sini (Malaysia) dan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pengeluaran produk-produk halal di sini untuk dieksport ke negara lain terutama negara Islam," katanya.
China adalah rakan dagang Malaysia terbesar sejak 2009 dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara tahun lepas mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan China bagi 2022 adalah sebanyak RM487.13 bilion iaitu peningkatan 15.6 peratus berbanding 2021 manakala nilai pelaburan daripada China bernilai RM9.6 bilion (AS$2.2 billion) yang membuka peluang pekerjaan kepada 6,193 orang tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersalaman dengan Han Zheng sebelum mesyuarat dua hala dengan Naib Presiden China itu di Sri Satria hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan
Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk membangunkan satu sistem untuk mengesan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bagi menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain.
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.
Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM
Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.