PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di Sri Satria di sini hari ini sempena lawatan kerja tiga hari Wang ke Malaysia.
"Pertemuan hari ini juga memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam berhadapan cabaran berkaitan keselamatan sejagat di Asia dan juga dunia, amnya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Wang.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Wang juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.
Ahmad Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.
Sementara itu ketika mengulas keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin, Ahmad Zahid berkata Malaysia mempunyai pendiriannya sendiri dan mana-mana negara perlu menghormatinya.
"Tentunya Malaysia mempunyai pendirian sendiri dan kita mesti memberitahu mana-mana negara mesti menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara itu," katanya.
Pada 1 Nov lepas, Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU berhubung pencegahan pembiayaan antarabangsa Hamas yang akan membenarkan sekatan dikenakan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pertubuhan Jihad Islam Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
![Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699022372_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan. - Gambar Bernama
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699022372_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid
Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Keganasan jadi kebimbangan utama dalam Mesyuarat Jenayah Rentas Negara ASEAN Keganasan jadi kebimbangan utama dalam Mesyuarat Jenayah Rentas Negara ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/61514062760_terrorismterrorist.jpg)
Keganasan jadi kebimbangan utama dalam Mesyuarat Jenayah Rentas Negara ASEAN
Indonesia menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama serantau bagi menangani ancaman ini yang berpotensi menggugat kestabilan rantau ini.
![KPWKM sasar 100,000 ahli Skuad Waja tahun ini bantu atasi isu keganasan KPWKM sasar 100,000 ahli Skuad Waja tahun ini bantu atasi isu keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634477567_TBRINAHARUN.jpg)
KPWKM sasar 100,000 ahli Skuad Waja tahun ini bantu atasi isu keganasan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 100,000 sukarelawan menyertai Skuad Waja atau wanita antijenayah menjelang akhir tahun ini.